Assalamualaikum,
Lepas sembahyang Isyak tadi teman ke Bidor dan terus ke Keroh (megholoh ler tu) sedor-sedor dah pukui 12 lebih. Ater perut temanni terasa benor lapornya, apa lagi menyelongkor poyok le teman. Nasib baik ada lagi nasi dalam rice cooker tu, kan apa teman kata gitu kekadang meracun dah dimakan oleh anak-anak teman. Lauk ghendang ayam dan samba nyor ikan bilih digaul tempoyak masih ada lagi berulam pulak dengan daun pegaga, itu yang buat penyedapnya. Dah makan kenyang le pulak, mata segor balik memberikan peluang teman nak nyengok waris mun seketika sebelum balik beradu kat Bukit Katil. Pada kebiasaanannya teman jarang-jarang, kadang-kadang jer makan malam nak jaga badan lak konun, entah apa ceritanya tiba-tiba jer nak kedapor. Itu lah hebat nya orang kat Malaysiani bila-bila masa jer leh dapat makanan, kita patut bersyukur kalo nak dibandingkan sedara-sedara kita kat Dafur sana. Dalam padatu teman teringat SPM kat sekolah teman dah pun tamat petang tadi kalo tak salah teman kertas Lukisan Kejuruteraan ada lah kertas yang terakhir. Moga anak didik teman semuanya lulus dengan cemerlang dan bakal menerima keputusan Mac 2010 nanti. Malamni soh sajer kat asramatu dema semua dah balik keluarga masing-masing datang mengambiknya. Ada ler tinggei beberapa orang lagi ( yang jauh ato pun mak bapak dema tak datang ambik) sementara menunggu ari esok. Selamat bercuti semua, selamat menunggu keputusan SPM moga berjaya. Pasai hei budak-budak asramani teman ghiso juga tak mahu peristiwa tahun lepas berulang kembali dimana tersilap teknik mewajibkan deme semuanya balik jangan sorang pun tinggei kat asrama, ape lagi kumbo le dema balik ater mana yang jauhtu tak sempat meneghokam bas, deme tido merata masjid atau yang ada duit tinggei kat hotel. Hei haru biru dibuatnya, mahu tak mahu pihak sekolah kutip dema balik bawak masuk ke asrama malamtu jugak. Bukan senang nak menjaga anak orangni silap-silap aghi bulan kita kena balik. Mak bapak zaman la ni bukan macam mak bapak zaman kita dulu. Malas teman nak ngomennya faham-faham jer ler. Musim-musim lepas periksani teman nak mengesyorkan kepada pihak yang berwajib atau komuniti setempat adakanlah program-program ilmu untuk dema yang khusus untuk santapan rohani dan sebagainya itu pun kalo dema tak pergi ke PLKN. Banyak perkara yang leh di menafaatkan, idak ler dema asyik mengunjung pusat-pusat cyber atau lain-lain pusat yang tak tentu hala. Okay ler, ape ke heinya mata teman ghasa pejam celik pejam celik jer ni, tanda-tanda nak megholoh ler gamaknya. Ya tak ya juga udah jenuh menyengkang mata dari tadi yop.., ok, jumpa lagi insyaAllah........
JOM BEKEBUN KOME
4 years ago
No comments:
Post a Comment