Thursday, December 3, 2009

ISO PULAK.....

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali. Lama dah tak nyengok Waris. Ate, baru petang tadi teman sampei dari Penang. Nak mukak blog pun tak sempat sepenuh masa dipergunakan berkursus. Perkhidmatan internet di tempat nginap tu ada tapi kena le cas penggunaannya sejam RM10 . Setakat 10 ghenggit tu boleh teman mayornya udah tak sempat nak buat macamana. Nampak nya balik dari kursusni apa yang teman dapat kena le pulak laksanakan kat sekolah seperti diamanahkan. Arahannya januari 2010 nanti program tu mesti dilaksanakan ( ISO 9001:2008 ). Sesetengah sekolah kat Perak dah dijalankan bendani (bukan benda baru) bagi kume baru nak mole. Belum habih tugas key-in markah prestasi guru-guru teman udah sampa tugas baru pulak. Bila nak cuti-cuti Malaysianya?,sebut je 2010 nak dilaksanakan persiapannya endak ta andak dalam cutini leh juga kena buat sebelum mesyuarat pertama tahun depan. Cumanya teman tak berapa nak ghiso bersama teman kursus tu ada mawak seorang GK sebagai SU.InsyaAllah cikgu Wan sedaya upaya kita akan laksanakan amanat tersebut kat sekolah kita. Kursus ISO yang kami hadiri melibatkan pengurusan P&P, memang kena batang hidung teman. Untuk HEM, KOKU akan menyusul kemudian. Memang ye kate deme ISO ni lebih kepada pendokumentasian. Sistem failing nak sentiasa dikemaskini dan di cikgu murnikan dengan aktiviti-aktiviti yang terancang diikuti pula dengan pemantauan wajib pulak direkodkan. Kata penceramah kursus tu, 6 bulah dah leh dapat sijil ISO kalau buat betui-betui.Apa pun semuanya ini ke arah penjaminan kualiti sesebuah sekolah.

Belum panaih ponggong kat romah, bos teman nyuroh teman ke Kuale Lumpo esok ngantikan tempat dia mesyuarat pengetua kat Hotel Astana sampei 7 aghi bulan pulak tu. Disini teman nak minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan dan sedara-mara yang menjemput teman kemajlis walilmatul urus pada 5,6 dan 7 hari bulanni. Teman ghase pada 6 hb tu ada satu majlis masuk JAWI anak kawan teman dan walilmatul urus adiknya kat Kati nun. Nampak gaya tak dapat le teman bersama majlis miketu yop, teman doakan agar semuanya berjalan lancor. Atas arahan bos teman terpaksa le bataikan niat nak pergi ke majlis mike, kut kekalu ada lagi majlis macam tu di masa depan, insyaAllah teman datang. Kalo nak tahu bos teman awei lagi dah ada kat KLnya terlibat dengan LPM. Ate esok teman nak beranso ke KL le pulak. Kalini teman mawak bersama orang betina dan anak teman nak merasa tido kat KL, selama aghini asyik lalu jer tak ponah singgah pun, jadi teman ambik peluang untuk deme nak nengok-nengok KL.Semoga teman sekeluarga selamat sampei masa pergi dan balik.

4 comments:

  1. seronok le dapat bawak same lagi cepatle tercapai ISOnya tak payah tunggu 6 bulan

    ReplyDelete
  2. yang, buat ler chatbox. senang org nak sembang---adikberadikwariskuala

    ReplyDelete
  3. Chatbox nanti ler teman susul kemuadian.tk

    ReplyDelete
  4. ye juga buat le chatbox.. to hamba Allah add le gambo mike ..

    ReplyDelete