Thursday, December 24, 2009

IKHTIAR, DOA DAN KEIZINANNYA

Assalamualaikum.

Nak nyinggah kejap kat Waris ni dah seminggu asyik touch ang go jer. Mingguni teman leger sikit sebab bos teman dah ada kat sekolah. Teman juga ghase lapang hati haghini tugaih-tugaih rasmi selama cutini dah abih diselesaikan dengan pihak PPD siang tadi. Dalam keadaan yang di katakan leger tu tak leger juge, teman tengah ini ngesahkan dan ngadun anak sulung teman yang masih ada lagi masalah penyakitnya. Jenuh teman kulu kelo kedaghat kebaghuh mencari ubat dengan harapan penyakitnya benor-benor sembuh. Entah aper pesenihnya lagi tak mahu kumbor-kumbor penyakitnyatu. Kata oghang penyakitni datangnya macam ghibut perginya macam semut. Ape yang tak kena lagini hanya Allah yang tahu. Moga-moga Allah perkenan dan makbulkanlah doa hamba mu ini agar anak sulung kami di pulihkan seperti sedia kala. Ater yang menjadi terdesaktu pengajiannya nak moler minggu depan 28/12, empaih pulaih le teman mencaghi ubatnya. Dalam pada itu teman berasa syukur yang amat sangat keputusan periksa semester yang baghu lalu dia lulus, tak ada mana-mana paper yang gagal tapi GPA nya jatuh. Gamak teman rakan-rakan dan pensyarahnya tahu masalah yang dihadapinya sama-sama membantu membolehkan dia lulus tanpa sebarang gagal, ikut pada adat entahler haruih banyak yang meghodum. Jika gagei lagi haghu, kena ngulang pulak. Terima kasih ler pada rakan-rakan dan pensyarah yang perihatin dan simpati padanya. Habis satu ceghita, timbui ceghita lain dia tak mahu balik ke Batu Pahat nyambung belajornya. Hei ghennyang-ghennyang dibuatnya libang libu, haus paus. Jadi tengahni juge teman laki bini mujuk dia agar kembali balik nyambung pengajian untuk semester akhir. Kabo kat dia bukannya lama 6 bulan jer lagi termasuk praktikal sekali. Apakah ungkapan yang hamba perlu perkatakan selain daripada perkataan “sabor”. Walo ape pun teman tetap terus berikhtio, berdoa dan menanti keizinan dariNya.
Ader seminggu lagini sekolah nak bukak balik, diam tak diam dah habih cuti kita. Tak lama lagi tirai 2009 akan berlabuh, 2010 akan menjelma. Begitu pantas masa berlalu. Rakan teman yang pergi mengeghojekan haji pun dah selamat kembali ke tanah ayor dari Mekah kemaghen. Jadi kali ni teman nak ngucapkan pada Tn. Hj. Anwar yang baru balik , moga mika dan isteri sihat walafiat dengan haji mabrurnya. InsyaAllah teman dan rakan-rakan akan menziarah mika petang esok. Soghang lagi rakan teman Tn. Hj. Sulaiman masih ada lagi kat Mekah mengeghojerkan Umrah. Teman doakan juga mika dan keluarga selamat kembali ke tanah ayor munkin minggu depan. Cukup sekadar disini, teman nak megholoh, jumpa lagi.. salam

No comments:

Post a Comment