Assalamualaikum,
InsyaAllah malamni teman akan bergerak ke Batu Pahat nganto anak sulung teman sepertimana yang teman perkatakan sebelum ini. Mahu tak mahu teman hantokan juger, mana nak muatnya Senayanni nak moler pengajian, ater doa le bebanyak moga dia mahu balik dan dapat bertahan. Pukui beghape nak kumbornya tak tahu lagi. Dreba memalamni selese sikit cumanya mata jer tak beghapae nak selese, biasenya kalo nagntok singgah terkolokan mate sekejap dimane-mane ditepi pertengahan jalan (hentian sebelah). Teman nganto dengan oghang betina teman dan anak bongsu teman yang pompuantu. Yang jantan-jantan tinggei kat ghomah je ler nak bawak sekali tak muat kegheter lagi pun yang sijantan soghang lagi tu nak balik dari Shah Alam nanti tak mandang pulak saper-saper kat ghomah. Itu le ceghitanya yop. Doa-doakan lah teman sekeluarga selamat pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan.
Ater kemaghen teman dan kengkawan menziarahi soghang kawan yang baghu balik dari Mekah. Ghomahnya kat Ampang Ipoh. Hi seghonok benor dia ceghitakan masa buat ibadat disana. Macam-macam ceghita, teman ni melangut je nengor labunnya akan keindahan,ketenangan dan keseghonokan mase buat ibadat disana memang ghase tak mahu balik katanya. Duduk kat sana niat kena betul kalo tak betul kejap-kejaptu dinampakkan tuhan, tutor kater bio berhati-hati jangan cakap besor, silap-silap ada le habuannya nanti. Teman tak tahu lagi bila nak kesana nya jadual tabung haji beri tahun hadapan(2010), tapi sebenonya rezeki kite juga kalo tuhan tak izinkan tak munkinnya dapat walo pun belanjernya udah cukup. Bukan senang Kaabah nak menggamit kita. Teman dan kengkawan tak lama kat ghomahnya haghi dah nak malam, make sempat ler menikmati juadah dari Mekah,biaseler buah kurma dan air Zam-zamnya. Masa nak balik soghang selei tudung kepala (seghoban pelekat). Terima kasih Hj. Anuar. Dah nak Maghrib ni cukup sampei disini. jumpa dua tiga aghi lagi,Insya Allah.
JOM BEKEBUN KOME
4 years ago
No comments:
Post a Comment