Salam,
Pada tarikh 30/9/09, jam 17. 16 dan jam 17.38, berlaku gempa bumi yang dahsyat di Padang Sumatra, Indonesia yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa yang teruk.
Rujuk AlQuran,
1) surah 30 (Ar Rum) ayat 9
"Dan tidakkah mereka bepergian dimuka bumi melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka(yang mendustakan rasul)? Orang-orang itu lebih kuat dari mereka (sendiri) dan mereka telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya melebihi apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti yang jelas. Maka Allah tidak berlaku zalim kepada mereka, teapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."
2) surah 17 (Al-Isra') ayat 16
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan didalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)"
3) surah 17 (Al-Isra') ayat 58
" Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakan sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luth Mahfuzh)
Latar belakang Penduduk sebelum Gempa
1. Aktiviti pelacuran yang sangat hebat (bandar Padang)
2. amalan syirik seperti kedukunan dan mistik terutama dalam melariskan makanan
3. Banyak masjid dan surau tidak diamarahkan. Kosong, hanya digunakan utk majlis tertentu seperti solat hariraya,
maulud nabi dan sebagai kebanggaan suku kaum.
4. Islam hanya sebagai agama keturunannya sahaja tidak dihayati.
5. Judi dan minum arak sudah jadi adat kebiasaan saja.
6. Orang perempuan keluar bekerja, orang lelaki duduk dirumah.
7. Remaja perempuan berpakaian seluar pendek siang dan malam, lelaki seluar panjang
Selepas Gempa
1. Tiga kampung (kampung Kepala Koto, Kampung Cumanak dan Kampung Pulau Air) dikenali sebagai kampung
Gunung Tigo di mukim Kacamantan, Tadikik, Padang Pariaman telah ditenggelamkan oleh bumi sedalam 10
meter, melibatkan 300 rumah dan 500 orang penduduk. Sebelum itu terdapat majlis perkahwinan yang dicemari
oleh muzik dan penyanyi wanita dan pada masa yang sama terdapat kematian seorang penduduk kampung
tersebut.
2. Banyak surau dan masjid rosak teruk.
3. Pusat aktiviti pelacuran rosak teruk dan ada yang tenggelam
Pengajaran untuk kita
1. Azab Allah sangat pedih, itu baru didunia. Tidak mustahil musibah ini berlaku keatas kita jika sebahgian besar
daripada kita engkar kepada perintahNya.
Ihsan dari sahabat, Sopian
JOM BEKEBUN KOME
4 years ago
No comments:
Post a Comment