Tuesday, December 29, 2009

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

Assalamualaikum,

Teman selamat balik keghomah dari batu Batu Pahat malam kelmarin. Alahamdulillah semua urusan selamat diuruskan. Moga anak teman tu tak meghagam lagi. Semasa ditinggalkan nampak ada sedikit positif walaupun dalam linangan air mata. Teman tetap berdoa agar dia pulih seperti sedia kala.
Teringat rakan teman Tn. Hj. Sulaiman yang baru balik dari mengerjakan umrah malam kelmarin juga. Disini teman ucapkan selamat kembali ke tanah air, selamat kembali bertugas dan selamat kembali berblog. Tentunya banyak cerita-cerita yang menarik semasa tuan sekeluarga berada di Mekah, boleh lah dimuatkan dalam blog nanti. Terima kasih tak terhingga kerana berusaha setiap hari berdoa di hadapan kaabah untuk kesejahteraan anak teman. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas balik jasa baik tuan itu. InsyaAllah kalau ada kesempatan teman kunjungi mika nanti.

2 comments:

  1. Salam Tuan Tinuj
    Alhamdulillah. Semoga segalanye selamat dan dalam peliharaanNya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah semoga anak tuan pulih seperti sediakala

    ReplyDelete