Wednesday, December 30, 2009

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Salam.

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

PESANAN IMAM GHAZALI

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali:
Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Ihsan:A.Rahim Jailani

Tuesday, December 29, 2009

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

Assalamualaikum,

Teman selamat balik keghomah dari batu Batu Pahat malam kelmarin. Alahamdulillah semua urusan selamat diuruskan. Moga anak teman tu tak meghagam lagi. Semasa ditinggalkan nampak ada sedikit positif walaupun dalam linangan air mata. Teman tetap berdoa agar dia pulih seperti sedia kala.
Teringat rakan teman Tn. Hj. Sulaiman yang baru balik dari mengerjakan umrah malam kelmarin juga. Disini teman ucapkan selamat kembali ke tanah air, selamat kembali bertugas dan selamat kembali berblog. Tentunya banyak cerita-cerita yang menarik semasa tuan sekeluarga berada di Mekah, boleh lah dimuatkan dalam blog nanti. Terima kasih tak terhingga kerana berusaha setiap hari berdoa di hadapan kaabah untuk kesejahteraan anak teman. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas balik jasa baik tuan itu. InsyaAllah kalau ada kesempatan teman kunjungi mika nanti.

Monday, December 28, 2009

UNTUK RENUNGAN SAHAJA..

Assalamualaikum,

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : " Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .
Bila-bila masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :
'YAALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminnyarabillialamin. ..."
(Doaini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

ihsan: Sopian

Saturday, December 26, 2009

NAK KE BATU PAHAT

Assalamualaikum,

InsyaAllah malamni teman akan bergerak ke Batu Pahat nganto anak sulung teman sepertimana yang teman perkatakan sebelum ini. Mahu tak mahu teman hantokan juger, mana nak muatnya Senayanni nak moler pengajian, ater doa le bebanyak moga dia mahu balik dan dapat bertahan. Pukui beghape nak kumbornya tak tahu lagi. Dreba memalamni selese sikit cumanya mata jer tak beghapae nak selese, biasenya kalo nagntok singgah terkolokan mate sekejap dimane-mane ditepi pertengahan jalan (hentian sebelah). Teman nganto dengan oghang betina teman dan anak bongsu teman yang pompuantu. Yang jantan-jantan tinggei kat ghomah je ler nak bawak sekali tak muat kegheter lagi pun yang sijantan soghang lagi tu nak balik dari Shah Alam nanti tak mandang pulak saper-saper kat ghomah. Itu le ceghitanya yop. Doa-doakan lah teman sekeluarga selamat pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan.

Ater kemaghen teman dan kengkawan menziarahi soghang kawan yang baghu balik dari Mekah. Ghomahnya kat Ampang Ipoh. Hi seghonok benor dia ceghitakan masa buat ibadat disana. Macam-macam ceghita, teman ni melangut je nengor labunnya akan keindahan,ketenangan dan keseghonokan mase buat ibadat disana memang ghase tak mahu balik katanya. Duduk kat sana niat kena betul kalo tak betul kejap-kejaptu dinampakkan tuhan, tutor kater bio berhati-hati jangan cakap besor, silap-silap ada le habuannya nanti. Teman tak tahu lagi bila nak kesana nya jadual tabung haji beri tahun hadapan(2010), tapi sebenonya rezeki kite juga kalo tuhan tak izinkan tak munkinnya dapat walo pun belanjernya udah cukup. Bukan senang Kaabah nak menggamit kita. Teman dan kengkawan tak lama kat ghomahnya haghi dah nak malam, make sempat ler menikmati juadah dari Mekah,biaseler buah kurma dan air Zam-zamnya. Masa nak balik soghang selei tudung kepala (seghoban pelekat). Terima kasih Hj. Anuar. Dah nak Maghrib ni cukup sampei disini. jumpa dua tiga aghi lagi,Insya Allah.

Thursday, December 24, 2009

IKHTIAR, DOA DAN KEIZINANNYA

Assalamualaikum.

Nak nyinggah kejap kat Waris ni dah seminggu asyik touch ang go jer. Mingguni teman leger sikit sebab bos teman dah ada kat sekolah. Teman juga ghase lapang hati haghini tugaih-tugaih rasmi selama cutini dah abih diselesaikan dengan pihak PPD siang tadi. Dalam keadaan yang di katakan leger tu tak leger juge, teman tengah ini ngesahkan dan ngadun anak sulung teman yang masih ada lagi masalah penyakitnya. Jenuh teman kulu kelo kedaghat kebaghuh mencari ubat dengan harapan penyakitnya benor-benor sembuh. Entah aper pesenihnya lagi tak mahu kumbor-kumbor penyakitnyatu. Kata oghang penyakitni datangnya macam ghibut perginya macam semut. Ape yang tak kena lagini hanya Allah yang tahu. Moga-moga Allah perkenan dan makbulkanlah doa hamba mu ini agar anak sulung kami di pulihkan seperti sedia kala. Ater yang menjadi terdesaktu pengajiannya nak moler minggu depan 28/12, empaih pulaih le teman mencaghi ubatnya. Dalam pada itu teman berasa syukur yang amat sangat keputusan periksa semester yang baghu lalu dia lulus, tak ada mana-mana paper yang gagal tapi GPA nya jatuh. Gamak teman rakan-rakan dan pensyarahnya tahu masalah yang dihadapinya sama-sama membantu membolehkan dia lulus tanpa sebarang gagal, ikut pada adat entahler haruih banyak yang meghodum. Jika gagei lagi haghu, kena ngulang pulak. Terima kasih ler pada rakan-rakan dan pensyarah yang perihatin dan simpati padanya. Habis satu ceghita, timbui ceghita lain dia tak mahu balik ke Batu Pahat nyambung belajornya. Hei ghennyang-ghennyang dibuatnya libang libu, haus paus. Jadi tengahni juge teman laki bini mujuk dia agar kembali balik nyambung pengajian untuk semester akhir. Kabo kat dia bukannya lama 6 bulan jer lagi termasuk praktikal sekali. Apakah ungkapan yang hamba perlu perkatakan selain daripada perkataan “sabor”. Walo ape pun teman tetap terus berikhtio, berdoa dan menanti keizinan dariNya.
Ader seminggu lagini sekolah nak bukak balik, diam tak diam dah habih cuti kita. Tak lama lagi tirai 2009 akan berlabuh, 2010 akan menjelma. Begitu pantas masa berlalu. Rakan teman yang pergi mengeghojekan haji pun dah selamat kembali ke tanah ayor dari Mekah kemaghen. Jadi kali ni teman nak ngucapkan pada Tn. Hj. Anwar yang baru balik , moga mika dan isteri sihat walafiat dengan haji mabrurnya. InsyaAllah teman dan rakan-rakan akan menziarah mika petang esok. Soghang lagi rakan teman Tn. Hj. Sulaiman masih ada lagi kat Mekah mengeghojerkan Umrah. Teman doakan juga mika dan keluarga selamat kembali ke tanah ayor munkin minggu depan. Cukup sekadar disini, teman nak megholoh, jumpa lagi.. salam

Wednesday, December 23, 2009

GEMPA BUMI

Salam,

Pada tarikh 30/9/09, jam 17. 16 dan jam 17.38, berlaku gempa bumi yang dahsyat di Padang Sumatra, Indonesia yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa yang teruk.

Rujuk AlQuran,

1) surah 30 (Ar Rum) ayat 9

"Dan tidakkah mereka bepergian dimuka bumi melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka(yang mendustakan rasul)? Orang-orang itu lebih kuat dari mereka (sendiri) dan mereka telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya melebihi apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti yang jelas. Maka Allah tidak berlaku zalim kepada mereka, teapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

2) surah 17 (Al-Isra') ayat 16

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan didalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)"

3) surah 17 (Al-Isra') ayat 58

" Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakan sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luth Mahfuzh)

Latar belakang Penduduk sebelum Gempa

1. Aktiviti pelacuran yang sangat hebat (bandar Padang)
2. amalan syirik seperti kedukunan dan mistik terutama dalam melariskan makanan
3. Banyak masjid dan surau tidak diamarahkan. Kosong, hanya digunakan utk majlis tertentu seperti solat hariraya,
maulud nabi dan sebagai kebanggaan suku kaum.
4. Islam hanya sebagai agama keturunannya sahaja tidak dihayati.
5. Judi dan minum arak sudah jadi adat kebiasaan saja.
6. Orang perempuan keluar bekerja, orang lelaki duduk dirumah.
7. Remaja perempuan berpakaian seluar pendek siang dan malam, lelaki seluar panjang

Selepas Gempa

1. Tiga kampung (kampung Kepala Koto, Kampung Cumanak dan Kampung Pulau Air) dikenali sebagai kampung
Gunung Tigo di mukim Kacamantan, Tadikik, Padang Pariaman telah ditenggelamkan oleh bumi sedalam 10
meter, melibatkan 300 rumah dan 500 orang penduduk. Sebelum itu terdapat majlis perkahwinan yang dicemari
oleh muzik dan penyanyi wanita dan pada masa yang sama terdapat kematian seorang penduduk kampung
tersebut.
2. Banyak surau dan masjid rosak teruk.
3. Pusat aktiviti pelacuran rosak teruk dan ada yang tenggelam

Pengajaran untuk kita

1. Azab Allah sangat pedih, itu baru didunia. Tidak mustahil musibah ini berlaku keatas kita jika sebahgian besar
daripada kita engkar kepada perintahNya.

Ihsan dari sahabat, Sopian

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1431H

Assalamualaikum,

Dua aghi teman tak nyengok Waris , ape pulak habo deme hendaknya sihat walafiat. Harini Jemaat, 18/12/2009 bersamaan 1 Muharram 1431 Hijrah, pertamanya teman nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 1431 Hijrah kepada semua semoga kita dipanjangkan usia di murahkan rezki dan sentiasa mendapat kerahmatan dari Nya. Awei tahun manyak le azamnya dan berbagai azam, Kekadangtu azam tinggei azam jer apah pun tak dibuat. Lepaih ni tahun baru masihi pulak, ghoper itu juger ler dengan azamnya yop... Bagi teman bila tahun baghu nyengok banyak pulak endak di pikiokan. Bagi mak bapak yang ada anak-anak di alam persekolahan tentulah persiapan untuk persekolahan awei tahun mesti disiapkan. Ater gaji bulanni dapat awei seperti bulan-bulan yang lalu, ghiso juger kut cepat habih kalo ceghobuih benor menggunakannya, oleh itu kene ler beghingat-beghingat kalo tak melopong le ujungnya nanti macam keghobo tughun dari lori. Ater teman ada 2 oghang yang melibatkan persediaan persekolahan yang lain deme ada tabung masing-masing. Nama jer tabung, minjam juger namanya. Kalo deme tak mayornya nanti, aku... juger le yang ngambuihnya. Tu ler anak-anak kalo dema pikiokan betapa susahnya pengorbanan mak bapak membesokan dan menyekolahkan dema sepatutnya dah besor nanti kena balaih jasa baik mak bapak deme. Jaman la ni anak-anak dah tak beghapa nak ingatkan pengorbanan mak bapak, deme kigher hei deme jer. Sepena dengan kedatangan maal Hijrahni juga sama-sam kita berdoa kehadrat Ilahi semoga kita diampunkan dosa-dosa yang lalu dan dipanjangkan umor dengan kesihatan yang sempeghona agar kita dapat beramal dan beribadat sebagai bekalan nanti.

Hari Rabu 16/12/2009, Teman di pejabat nunggu audit esPKB datang untuk buat pemantauan, Teman sebenornya tak kose nak kepajabat keghojer teman pun melambak lagi tak beghaper nak habih. Ater dah nazir kewangan datang kena tunggu juga sebabnya bos tak mandang, kalo ader bos lain ceghiter die jeler yang mengadap pegawai pemantor yang datangtu. Sambei-sambei nunggu deme datang teman buat keghojer kat sekolah nyambung balik keghojer yang dari ghomah, lambat benor pulak nak key in markahnya.Kalo kat ghomah lain pulak ceghitanya. Ape ker jadah computer di bilik temanni, nak keyin kan markah sensoghang pun dekat 5 minit baghu keluo nama dema.Ini munkin ada masalah server internet kat sekolah temanni. Sabor jer ler..weh. Itu yang kita ader itulah yang kita hadap,tapi tak ler sampei meneghiter menanggung kesusahan. Ati teman nei gahase nak nyengok juger kampong halaman teman, adik-adik teman dah berkumpui dikampong. Biasaler tengah cuti masih ada ni ada ler deme tidor mun semalam dua. Ater kemaghin teman ke Kelantan pulak ada majlis Walilmatul Urus PK Kokarikulum sekolah teman. Mahu tak mahu teman kena pegi ler juga sebab bos teman tak balik-balik lagi dari KLnya. Tak patut juga staf teman kawin teman ato bos tak pegi, nanti apa pulak kate di deme. Tapi teman pegi pun tak ler naik kereta sendiri, naik bas seseme kengkawan yang lain. Teman sampei ghomah semalam jam 1.30 pagi. Kalo naik bas secara rombongan dari segi pengurusan masa memang hancus. Banyak udang banyak pulak garamnya. Ater teman ngikut jerler ghagam deme. Biasale kalo dah pegi Kelantan kalo tak membeli dan membelah tak sah tu yang membuatkan terleka dan kesuntukan masa. Ater sampei kat Pasor Siti Khadijah udah pukui 5.30 ptg ape menda yang boleh di beli. Sesetengah kedai pun dah tutup. Oghang betina teman tak ngikut, teman mawak anak teman soghang (lelaki yang besortu). Jadi untuk dibawak balik teman beli le sesikit buah-buah tangan jangan nanti anak teman yang keciktu meneghokam teman tak tentu kekigher. Kolo bawak balik meli buah takda tangan lagi haghu. Sementara nunggu deme kengkawan yang bershoping sakantu teman duduk dalam bas membelek-belek soghat habo, bace le sisikit mana-mana tajuk yang agak menarik. Kata dereba bas teman tu, mika jangan baca habih soghat haboni. Ate ngape pulak gitu tanya teman, kalo mika baca habih teman tak dapat baca pulak , kecik ketawanya. Ghopernya dia bergugho. Lama juga nunggu deme, dalam bas tu ada TV terghenti teman maca bila dereba teman bukak siaran langsung pertandingan akhir bola sepak sukan sea merebut pingat emas. Siaranya tak berapa baguih gambornya tak wezut macam dighomah, jadi le juger daripada tak mandang langsung. Sebut pasei bolani teman udah tawor hati dengan pasukan bolasepak Malaysiani, rakan teman cikgu Omar beritahu teman semasa bersembang minum pagitu ngatakan Malaysia masuk akhir lawan Vietnam,teman macam percaya tak percaya apa yang dicakapnya. Sebab, awei-awei lagi Malaysia dah kena dengan Vietnam 3-1, lepaihtu teman tak ambik kisah langsung pasei bola sukan sea tu. Tahu-tahu dapat masuk akhir pelik juga tu. Jadi teman ucap tahniah kepada pasukan bola sepak kebangsaan kita yang berjaya meraih pingat emas setelah 20 tahun kedahagaan emasnya. Ater kat TV pagini, kesah itu saja diulas didema, beghulang-ulang kali gambor masa jaringan ditunjukkan. Ater teman tengok ler juga sebab gambor masa siaran langsungtu kabor tak berapa nak jelaih,keh.keh..keh..

Harini teman dighomah jeler berpuasa sunat 1 Muharam. Kat tempat teman masni hujan jer pulak dari semalam lagi. Baguih benor ler rahmat dari tuhan turun sempene awei Muharramni. Esok teman nak ke Tepin, dua aghi gamak nya temna tak nyengok waghih, itu sejer behenti dulu nak sembahyang Jumaat. Lagi sekali teman ucapkan selamat menyambut kehadiran Maal Hijrah 1431H untuk semua. Salam.

Monday, December 14, 2009

JANGAN TERLALU SUSAH HATI

Assalamualaikum,
doa untuk semua semoga sihat sejahtera dan dalam lindungan Allah selalu..

Waghih-waghih semua...

" renung-renungkan dan selamat beramal..."

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

ihsan dari sahabat, Manan

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH SAHABAT..

Assalamualaikum,

Harini Senayan, teman kejap jer kat Pejabat. Manyak masa teman di ghomah buat key in on line markah prestasi tak abih-abih lagi. Manyak juger cengkadak cengkudunya masukkan secara online ni, apepun kena buat juger dah tugaih kita. Oghang betina teman awei pagi lagi dah kumbonya (nyongkit kut kaso benor bunyinya) nak ke Tepin dengan kengkawan katanya. Kemaghin dia di kuala, sebok memanjang jer dengan tugaih fisabilillahnya. Ater teman ngan anak-anak ler dighomah (kena jadi ayah mithalli, keh..keh..keh..). Bila nyengok jer kat pejabat keghojer dah ada menunggu, banyak baucer-baucer tak bertanda tangan lagi dan berbagai itu dan ininya yang perlu disegerakan. Tu yang malaih teman nak nyengok pejabat masa cutini. Tapi teman dah pesan pada deme kat pejabattu kalo melibatkan kewangan panggeiler teman insyaAllah teman datang hatta tengah neghan dalam bilik kecik sekalipun. Tak sampai sejam teman dipejabat teman teghuih ke market meli ikan dan sayor untuk makan tengah hari. Dalam peti aih sekor ikan pun tak mandang ater mahu tak mahu kena keluor juger. Nampak gayenye teman ngan anak dara teman le kedapor aghini, menunya mudah ajer, goghen ikan temenong, gulei kari ikan pelotan campor dengan kacang brandy, sayornya togei dan kucei ditumihkan dengan udang idup ubuh kicap sikit nampak ler itam kuahnya. Ada lagi, sambei nyor tempoyak berulamkan petei,itu ler penyedapnya dan pembuka selegher. Lepaih makan nyambung balik ler keghojer teman. Tak boleh nak numpu juga lineni kekadang meghagam juga dia, gamaknya virus dah banyak sangat, nak kena scan lertu. Kena ingat selalu mesti tekan butang save, kalo tak kene ler ngundor dan buat key in balik.
Esok, 15 hb teringat kawan teman di Ulu Bernam tu nak mengeghojerkan umrah. Dia ke Mekah sekeluarga, syukurler mika manyak duit boleh mawak keluarga sekali, ater teman idak ler lagi nampaknya jalan ke Kaabah, kut kekalu tahun depan teman laki bini kalo dah sampei seghu mengikut jadual yang LUTH tetapkan baru le gamaknya kume ke sana. Gamit-gamit ler teman depan Kaabah tu yob. Kalo tak dapat buat haji, buat umrah, tapi yang wajibnya haji. Bila kita dah berada di depan Kaabah teringat artikal (5.11.2009) yang teman masukkan dalam blogni dengan tajuk Kaabah enggan bergerak. Betapa punya kelebihannya bagi sesiapa yang telah bertawaf mengelilingi Kaabah. Apapun untuk yop temantu, teman doakan mika sekeluarga selamat pergi dan balik, nak kata apa ha umrah yang mabrur (adeke umarah mabrur). Teringin juga juger nak ziarah mika sebelum beghangkat tapi dah jauh nak buat macamana mika di ulu teman di elo. Jangan lupa pulak yop tolong doakan sama kesejahteraan anak sulung teman tu moga kesihatan benor-benor pulih seperti sedia kala.
Teman baghu dapat mesej dari sahabat kita, dia dapat tukor ke SMK Simpang Pulei,tahniah ler, berkat sabo beghulang dari Pantai Ghemih ke Ipoh setiap haghi dapat juger dia balik ke Ipoh. Ater mike bila lagi balik ke Menara Chondongnya?
Itu ajer untuk kali ini, teman nak ngundorkan dighi dulu. Salam.

Sunday, December 13, 2009

KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL

Baca slowly dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"Kami amat bersopan dan saling menghormati,Kami saling melambai sambil berlalu pergi,Tetapi di rumah lain pula ceritanya,Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.
Lewat petang, tika memasak makan malam,Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci","Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur","Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu","Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,Airmataku mencurah ibarat air di kali,Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil""Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak""Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu.
FAMILY Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu?Jadi apakah maksud yang tersirat?
Mudahan kita semua dipanjangkan usia untuk berbakti kepada keluarga.

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA ANDA "

ihsan, Hamid Fazal.

Saturday, December 12, 2009

BILAL DAN SIAK

Assalamualaikum,

Hari Jumaat, pagi jam 8.30 teman disekolah secara kebetulan teman menghadiri satu taklimat oleh JPN kat Dewan Besor sekolah kepada semua Guru Besor, PK dan KPT di daerah teman. Taklimat ujung tahun biasa le pasei bayaran tambahan untuk murid dengan tujuan memberi kelulusan kepada pihak sekolah memungut wang bagi sesi persekolahan 2010 nanti. Dengor je ler ape deme kata lepas tu apa deme endak kita ikut je ler. Ater semuanya nak kejap ketikani sebelum 20 hb bulan ni kena anto segala butirannya untuk kelulusan. Kata deme jangan sebut yuran kena sebut bayaran tambahan istilah kena betui nanti di manipulasi bagi orang-orang ingin memanipulasikannya. Bayaran asrama pun nampaknya dan bertambah dari seghenggit ke tiga seghenggit(rm3 le tu). Tiga ghenggit bagi penjaga yang berpendapatan rm5,000 dan ke atas. Bagi yang berpendapatan di bawah rm5000 bayaranya seghoper itu juge ler seghenggit. Banyak peruntukan untuk sekolah tahun depan kena potong. Malaih teman nak ngulas bab-bab kewangan negara kita baca sendirilah soghat-soghat habor aruih perdana dan lain-lain sumber media. Taklimat tersebut abih jam 11.30. Belah petangnya teman tak kemana-mana meghap kat ghomah jer ape lagi megholoh ler jawapnya.

Lepas sembahyang maghrib teman ke pondok/surau berdekatan. Program surau ni memang ada tiap minggu malam sabtu cuma teman jer tak kesempatan nak menghadirinya sebab jarang-jarang ada kat ghomah. Jadi kesempatan yang ada teman bawak le sekali anak jantan teman yang 2 orang tu. Kalo biokan deme duduk di ghomah asyik melangut kat depan TV jer atau pun main game. Kat surau ni isi pengajiannya adalah pembacaan hadis oleh seorang ustaz tak perlu teman habo namanya (penceramah radio FM Perak). Tajuknya kewajiban menghadiri jemputan kenduri apabila mendapat jemputan. Bab yang las malamtu adalah berkaitan dengan tugasan tok siak dan tok bilal. Kelebihan pahala kepada tok siak dan tok bilal menjaga masjid atau tempat ibadat. Diantara yang menarik kata ustaz tu, kalo tok bilal azan (waktu sembahyang dah masuk) selagi mana suaranya berkumandang dan dapat di dengor oleh segala makhlok maka semuanya akan menjadi saksi di akhirat kelak. Begitu juga dengan tugas tok siak melakukan kerja-kerja untuk memudahkan orang lain dan menjaga kebersihan pasti akan menerima habuan yang baik nanti.Kekadang kita heran juga keadaan sesetengah masjid ditempat kita ada yang tidak terughuih, kotor walo pun ada tok siaknya. Dalam hal ini yop, kita tak sepatutnya pulak menyalahkan tok siak saja, kita juga ada peranan membersihkan tempat-tempat ibadat ni. Diceritakan ustaz pada malam tu ada negara mana ke dia pun dah lupa masyarakatnya sentiasa menjaga kebersihan tempat ibadat khususnya masjid. Jadi sepanjang masa ler tempat tu sentiasa dalam kebersihan dan kemas. Sebut pasei tok siak teman teringat arwah apak teman jadi tok siak di masjid kampong teman tu. Arwah mak teman juga sekali membantu tugasnya ketika aghi Jumaat. Kalo aghi jumaat jer deme berdua idak ler pergi menoghih ato kemana-mana, lepaih subuh sepie lagi deme dah berada kat masjid untuk urusan membersih dan membentang tikor, sejadah dan juga kain saf. Apak teman ada penyakit lelah (penyakit warisan), ater payah le sikit nak membersihkan kapet yang habuk-habuknya berterbangan masuk ke idung (kena tutup idung macam pakai mask juga). Bila masuk idung maka datang ler penatnya, tu yang mak teman tak berapa haghap dia mengeghojer kan sensoghang, kut nungkum pulak dia kat masjidtu. Jadinya dia tolong ler membantu apak temantu mana-mana keghojer yang patut. Lama juga arwah apak teman berkhidmat sebagai tok siak di masjid kampong temantu, beberapa tahun sebelum dia pergi baru dia berhenti ganti orang lain. Teman teringat balik ketika arwah mak teman meninggei tahun lepas, segala urusan selepas dia meninggei untuk pengkebumian memang dipermudahkan oleh Allah cepat dan tidak bertangguh-tangguh. Sakitnya pun tak lama tak sampai 24 jam dia berada di hospital Kuala dia pergi mengadap tuhan pulak mudah. Apak teman pun gitu lebih kurang sama juga keadaan meninggeinya, kat hospital kuala ler juger. Memang deme berdua tak menyusahkan anak-anak sebelum dema pergi, maksud teman sakit deme tak lama terlantor berhari-hari atao berbulan-bulan. Apabila teman pikio habuan yang apak dan mak teman terima apakah diantara keghoje-keghoje kebajikan yang telah deme lakukan masa hanyatnya barulah teman teringat tetang apa yang diperkatakan oleh ustaz malam tu. Syukur teman kepada Allah kedua orang tua teman telah berkhidmat ditempat yang mulia walo pun incomenya tak seberapa. Mudahan-mudahan deme berdua dimaksukkan kedalam golongan orang-orang yang beriman. Untuk kita belum tentu lagi. Semoga kita semua dilindungi Allah dan sentiasa mendapat kerahmatan dan keberkatan darinya.Amin…

Friday, December 11, 2009

HIKMAH SUJUD

Assalamualaikum,

Sujud legakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatupun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya..
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat somb ong , riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna..

ihsan dari rakan, Hamid Suhani

Thursday, December 10, 2009

SPM 09 SEKOLAH TEMAN DAH HABIH

Assalamualaikum,

Lepas sembahyang Isyak tadi teman ke Bidor dan terus ke Keroh (megholoh ler tu) sedor-sedor dah pukui 12 lebih. Ater perut temanni terasa benor lapornya, apa lagi menyelongkor poyok le teman. Nasib baik ada lagi nasi dalam rice cooker tu, kan apa teman kata gitu kekadang meracun dah dimakan oleh anak-anak teman. Lauk ghendang ayam dan samba nyor ikan bilih digaul tempoyak masih ada lagi berulam pulak dengan daun pegaga, itu yang buat penyedapnya. Dah makan kenyang le pulak, mata segor balik memberikan peluang teman nak nyengok waris mun seketika sebelum balik beradu kat Bukit Katil. Pada kebiasaanannya teman jarang-jarang, kadang-kadang jer makan malam nak jaga badan lak konun, entah apa ceritanya tiba-tiba jer nak kedapor. Itu lah hebat nya orang kat Malaysiani bila-bila masa jer leh dapat makanan, kita patut bersyukur kalo nak dibandingkan sedara-sedara kita kat Dafur sana. Dalam padatu teman teringat SPM kat sekolah teman dah pun tamat petang tadi kalo tak salah teman kertas Lukisan Kejuruteraan ada lah kertas yang terakhir. Moga anak didik teman semuanya lulus dengan cemerlang dan bakal menerima keputusan Mac 2010 nanti. Malamni soh sajer kat asramatu dema semua dah balik keluarga masing-masing datang mengambiknya. Ada ler tinggei beberapa orang lagi ( yang jauh ato pun mak bapak dema tak datang ambik) sementara menunggu ari esok. Selamat bercuti semua, selamat menunggu keputusan SPM moga berjaya. Pasai hei budak-budak asramani teman ghiso juga tak mahu peristiwa tahun lepas berulang kembali dimana tersilap teknik mewajibkan deme semuanya balik jangan sorang pun tinggei kat asrama, ape lagi kumbo le dema balik ater mana yang jauhtu tak sempat meneghokam bas, deme tido merata masjid atau yang ada duit tinggei kat hotel. Hei haru biru dibuatnya, mahu tak mahu pihak sekolah kutip dema balik bawak masuk ke asrama malamtu jugak. Bukan senang nak menjaga anak orangni silap-silap aghi bulan kita kena balik. Mak bapak zaman la ni bukan macam mak bapak zaman kita dulu. Malas teman nak ngomennya faham-faham jer ler. Musim-musim lepas periksani teman nak mengesyorkan kepada pihak yang berwajib atau komuniti setempat adakanlah program-program ilmu untuk dema yang khusus untuk santapan rohani dan sebagainya itu pun kalo dema tak pergi ke PLKN. Banyak perkara yang leh di menafaatkan, idak ler dema asyik mengunjung pusat-pusat cyber atau lain-lain pusat yang tak tentu hala. Okay ler, ape ke heinya mata teman ghasa pejam celik pejam celik jer ni, tanda-tanda nak megholoh ler gamaknya. Ya tak ya juga udah jenuh menyengkang mata dari tadi yop.., ok, jumpa lagi insyaAllah........

Wednesday, December 9, 2009

JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN MASYARAKAT

Assalamualaikum,

Kelmarin teman di pejabat mengeghojerkan keghojer yang tak berapa nak selesei selesei, Ater udah le lewat sikit sampei ke pejabatnya. Musim cuti sekolahni teman tak ikut sangat waktu pejabat sebenor. Ikut dan teman leh sebab teman dah atorkan GK teman bertugas bergilo gilo musim cutini, apa nakghisokan. Tengah asyik teman melik-melik keghotaih ataih meja temanni (lebih korang jam 12) berdering hand set teman berbunyi, saper pulak mangge ni kata hati teman. Bila teman tengok pada skrin tepon ghopernya oghang betina teman tepon dari romah. Bisanya kalo tengah-tengah ari begini sebelum balik keromah dia mintak ke pekan/kedei caghi barang–barang dapor yang tak ada untuk dimasak makan tengah hari nanti. ’ Abang jom balik, tanya teman ape ke heinya? Pak Andak (suami kepada mak sedara bini teman duduk kat Bkt. Gantang) dah meninggal jam 10 pagi tadi. Innalillah...jawab teman rengkas, pukui berapa kebuminya? tanya teman lagi, dua. Dan lagi ni, jawab teman balik, ater siap-siap ler jom cepat kita beghansor. Jadinya teman dan bini teman bergegas le balik bersama anak teman yang no. 2 tu sebagei drebar, ater anak teman tu masa cutini boleh diajak untuk tolong memandu boleh ler kita relek sikit. Emaknya tak tak berapa nak setuju anaknya drebar takut..,laju bebenor katanya. Oghang muda gitu le kelaku dema. Kalo lelajutu teman ada disebelahnya berik-berikkan juga kat telinga dia ada le slow sikit tekan minyaknya tu. Berbalik hei tadi kume sampei jam 2 lebih, masatu jenazah sedang diusung ketanah perkuburan yang tak jauh dari romahnya.
Parking je kereta teman dan anak teman terus bersama mengiringi jenazah tersebut. Ramei juga orang datang berziarah teman tengok. Masa urusan pengkebumian dan sebelum bacaan talkin teman sempat berbual dengan rakan teman Si Kadir (Jurutera JKR kat Putrajaya) puak-puak orang betina teman juga ler. Arwahni masa hayatnya memang disenangi masyarakat, tak banyak cakap orangnya bukan lak pendiam. Kitani kalo sering bergaul dengan masyarakat takda masalah, memudahkan orang tolong menolong,tak bermusuh,tak sombong, biasanya orang macamni pergi ngadap tuhan memang tak susah senang benor, bisik si Kadir. Pak Andak teman tu pergi tengah masukkan buah-buah deroyan kedalam bakui motor,tiba-tiba jer diserang penin. Sempat dia manggei bininya mintak tolong ngabokan yang dia penin, diceritakan dia habih dalam pangkuan bininya(Al-Fatihah untuk arwah). Sebelum tu awai-awei pagi dia dah kedapor nolong bininya memasak ngorengkan nasi untuk sarapan pagi, lepastu dia kekedei meli ikan,sayor dan 2 ketul tauhu untuk makan tengah hari gamaknya, dan lepastu barulah dia menguruskan keghojer hariannya musim-musim buah kayuni. Kalo pemergiannya mudah tak le susah anak bini nak melanya, bayangkan jika dia terlantor sakit berbulan-bulan atau bertahun-tahun sambung si Kadir lagi. Menung juga teman mikiokan apa yang dicakapkan oleh si Kadir tadi. Kita hidup diduniani ada dua hubungan secara langsung, yang pertama dengan tuhan dan yang kedua dengan sesama manusia. (Hablumminallah dan Hablumminannas) jaga dua perkarani insyaAllah selamat dunia akhirat. Banyak dah teman tengok mereka yang kembali kerahmatullah sepertimana yang di gambarkan oleh si Kadir tu. Betul kata para ilmuan ugama/ustaz-ustaz, bila kita memudahkan orang percayalah kita juga dipermudahkan oleh Allah dalam semua urusan. Perbuatan sebeginilah kita kena insaf dan sama-sama mengambik sedikit iktibar selagi usia kita masih dipanjangkan oleh Allah. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah. Amin.... Teman bukanya pandei dalam nak ngingat-ngingatkan orang sebab teman pun belum tentu tip-top dengan masyarakat dan kengkawan,tapi teman teringat kata-kata tok khatib semasa maca khutbah tiap hari Jumaat, ”Saya berpesan pada diri saya sendiri dan kepada jemaah sekalian,mari lah kita bersama-sama........” itu aje , teman anak beghanak balik dan sampei di romah jam 10 malam.

Tuesday, December 8, 2009

CUTI SEKOLAH DAH HAMPIR SEPARUH

Assalamualaikum,

Teman baru balik dari KL kelmarin, dah lama tak nyengok waris. Teman percaya mike semua ada datang ngelih blog teman. Buktinya Cbox teman tu ada deme bertegor sape. Malangnya Cbox yang anak teman buat tu tak berapa nak sempoghoner, apa baatan nya entah. Tak tau le teman nak mengeghodaknya. Ate tunggu dia balik berbercuti ler nanti. Jadinya teman mintak maap bebanyak mengkema tak dapat nak nulih penuh dalam ruang yang disediakan nampak sekerat sajer. Sobo le dulu yek..
Anu, berbalik ceghita teman kemarin, maka kumenya selamatlah sampai keromah dari KL ndak dekat jam 9 malam, ate banyak pulak tempat nyingahnya. Selama kat KL aktiviti penuh siang dan malam tak nyempat teman nak mawak keluarga teman pusing-pusing sana-sini, jangan tidak naik mono rel ke LoYatt meli printer itu ajer. Waktu teman mesyuarat boleh juga dema berjalan-jalan. Kan payah beno setesen Mono rel dan LRT dekat beno dengan tempat kuma duduk, ater kena pulak orang betina teman demam terpeko jer dalam bilik udah le duduk dalam peti aih asyik bergebo jer siang malam. . Nampak gayenya kena caghi masa lain le nak pusing-pusing KL.
Banyak juga keroja nak dibuatni,cuti dah hampir separuh jalan. Mana nak ngejornya buat le sesikit mana yang termampu. Minggu depan nak ke Taiping pulak mesyuarat juga. Hei mak ade saje. Malas le teman nak ngabo kat dema macamni "teman nak merasa cuti juga yop ape ke heinya musim cuti buat mesyuarat juga". Dan mungkin juga minggu depan teman nak nagnto anak sulung teman balik ke Batu Pahat ada sikit kojer nak dibuatnya sebelum cuti semesternya berakhir hujung bulanni. Begitu lah kira-kiranya apapun teman tetap berdoa agar apa yang akan teman hadapi sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatan Allah. Amin...

Thursday, December 3, 2009

ISO PULAK.....

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali. Lama dah tak nyengok Waris. Ate, baru petang tadi teman sampei dari Penang. Nak mukak blog pun tak sempat sepenuh masa dipergunakan berkursus. Perkhidmatan internet di tempat nginap tu ada tapi kena le cas penggunaannya sejam RM10 . Setakat 10 ghenggit tu boleh teman mayornya udah tak sempat nak buat macamana. Nampak nya balik dari kursusni apa yang teman dapat kena le pulak laksanakan kat sekolah seperti diamanahkan. Arahannya januari 2010 nanti program tu mesti dilaksanakan ( ISO 9001:2008 ). Sesetengah sekolah kat Perak dah dijalankan bendani (bukan benda baru) bagi kume baru nak mole. Belum habih tugas key-in markah prestasi guru-guru teman udah sampa tugas baru pulak. Bila nak cuti-cuti Malaysianya?,sebut je 2010 nak dilaksanakan persiapannya endak ta andak dalam cutini leh juga kena buat sebelum mesyuarat pertama tahun depan. Cumanya teman tak berapa nak ghiso bersama teman kursus tu ada mawak seorang GK sebagai SU.InsyaAllah cikgu Wan sedaya upaya kita akan laksanakan amanat tersebut kat sekolah kita. Kursus ISO yang kami hadiri melibatkan pengurusan P&P, memang kena batang hidung teman. Untuk HEM, KOKU akan menyusul kemudian. Memang ye kate deme ISO ni lebih kepada pendokumentasian. Sistem failing nak sentiasa dikemaskini dan di cikgu murnikan dengan aktiviti-aktiviti yang terancang diikuti pula dengan pemantauan wajib pulak direkodkan. Kata penceramah kursus tu, 6 bulah dah leh dapat sijil ISO kalau buat betui-betui.Apa pun semuanya ini ke arah penjaminan kualiti sesebuah sekolah.

Belum panaih ponggong kat romah, bos teman nyuroh teman ke Kuale Lumpo esok ngantikan tempat dia mesyuarat pengetua kat Hotel Astana sampei 7 aghi bulan pulak tu. Disini teman nak minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan dan sedara-mara yang menjemput teman kemajlis walilmatul urus pada 5,6 dan 7 hari bulanni. Teman ghase pada 6 hb tu ada satu majlis masuk JAWI anak kawan teman dan walilmatul urus adiknya kat Kati nun. Nampak gaya tak dapat le teman bersama majlis miketu yop, teman doakan agar semuanya berjalan lancor. Atas arahan bos teman terpaksa le bataikan niat nak pergi ke majlis mike, kut kekalu ada lagi majlis macam tu di masa depan, insyaAllah teman datang. Kalo nak tahu bos teman awei lagi dah ada kat KLnya terlibat dengan LPM. Ate esok teman nak beranso ke KL le pulak. Kalini teman mawak bersama orang betina dan anak teman nak merasa tido kat KL, selama aghini asyik lalu jer tak ponah singgah pun, jadi teman ambik peluang untuk deme nak nengok-nengok KL.Semoga teman sekeluarga selamat sampei masa pergi dan balik.

Thursday, November 26, 2009

JOM BALIK RAYA HAJI KE KUALE

Assalamualaikum,


Baru aghini teman dapat nyengok WARIS KUALE sibuk dan menyebuk memanjang arus. Dua aghi teman betapa kat pejabat mengeghojakan kerja-kerja yang masih belum selesei. Minggu depan teman nak ke Penin (PP) ada kursus seminggu. Tu ler yang teman ejas-ejas takut ada yang terbengkalai tak siap pulak sepeninggalan teman disana, tak gemo teman kita tengah kursus ade je panggilan dari sekolah deme nak itulah.. nak inilah, mana-mana yang berkaitan teman elok benor bereskan dulu. Aghi ni bos teman cuti, ate teman le jaga kedainye, sambe-sambe tu buat le keroja sesikit. Teman dan keluarga cadang nak beransor balik Kuale raya haji di kampong halaman teman. Tak tau le bila nak beghansornya kut kekalu lepas Maghrib atau Isyak nanti. Lagipun orang betina teman sedang masak rendang ayam (ayam HPA) dan satu lagi masakan nak menyusul kurma daging. Lemang tunjuk dah ditempah 3 batang pukui 5 atau 6 ptg janji ambik kat gerai pak Mat tu.Kuma berdua aghini puasa sunat pulak, letih bebeno le juga. Sabo-sabo le menahan keletihan, separuh daripada iman tak gitu yop.....
Balik kalini agaknya kena le time buah deghoyan dekat romah mak teman tu luroh. Bukanya ape teman nak ceghiter pasa buah deghoyan tu. Memang boleh teman beli deghoyan lain atau ambik kat dusun teman ditempat lain, deghoyan yang ini special sikit. Yang pertama, arwah apak (ayahanda) teman yang nanamnya. (alfatihah untuknya) dan yang kedua, jenis deghoyannya baik isinya kunin,kucin tido kate deme. Itu le ghase ada minat teman nak nunggunya. Bab tanam menanamni apak teman memang handei, ape ditanamnya semua menjadi dan menampakkan hasil. Anak-cucu semua dapat merasa belaka hasil ditanamannya. Tapi anak-anaknya tak gitu, ada tanah sikit tu tak diusahakan. Bila nak mengeghojakanya kalo udah duduk jauh maka jadi projek 3T. Kalo ada musim deghoyan jer kut-kut nak nyengok tanah tu.
Teman sebagai anak besyukur dengan apak dan mak yang medidik teman termasuk le adik-adik dan abang teman. Jadi orang lah juga kuma. Bukan senang nak didik anak,tambah-tambah zaman la ni banyak beno maslah cabarannya. Nak nyuruh deme sembahyang pun macam nak begaduh baru deme beghansor buat. Kalo kita tak ada macam mana lak jadinya, hei ghenyang dibuatnya. Apak teman dulu main luku kepala je dia tak guna rotan. Ate apa pulak susahnya semejid depan romah. Orang dah bang tu cepat-cepat le kumbo kesemejid. Masjid dikampong teman alhamdulillah hingga kini kehadiran jemaahnya kira ok lah, setengah masjidtu time haghi Jemaat jer yang berfungsi. Apa tidaknya yop, yang meramaikan jemaah dimasjid adalah budak-budak tahfiz yang sedang mengaji kat kampong temanni. Dema cuti ni soh juga balik, sembahyang fadhu tetap on juga, yang ada dua tiga empat kerat jemaah regularnya. Kepada bapak-bapak sekalian pakat-pakatler kita didik anak-anak jantan kitatu rajin ke semejid (elok beno dimusim cuti sekolah yang panjangni). Satu masa nanti harus lengang langsung masjid tak ada jemaah kalo dema tak menyambungnya. Tengah kita ada kuasa tuhan bagini kita paksa anak kita ke semejid kalo kuasa dah tak ada apapun tak boleh dibuat. Kalo nengokkan ghagam anak-anak muda zaman ni hei tak tahule nak ngabokannya gayat yop.. Nama melayu dah lama tenggelamnya, tinggei beberapa kerat perkataan ’melayu’ yang menunjukkkan adanya melayu. Ni pulak ugama kita nak terima nasib yang sama dengan melayu juga agaknya. Jauhkan bala di tuhan agar jangan dapat tsunami di tempat kita dan apa-apa bala lagi. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat kerahmatan Alllah amin.. Jadi teman ucapkan kan SELAMAT HARI RAYA QURBAN PADA SEMUA maaf kut ada kata-kata teman terkasor dalam WARIS KUALE ni. Jumpa lagi...

Monday, November 23, 2009

DEMI MASA

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, teman baru balik dari Kuale nyengok waris-waris teman di sana dan sempat juga kerumah ibu mertuaku di Bukit Gantang. Jam 10 sabtu malam Ahad teman dan anak beranak teman bergegas balik ke kampong halaman bermalam di rumah orang tua teman, kalo tunggu pagi Ahad alamat lambat bebeno le sampei ke tempat majlis berkhatannya (majlis tu Ahad tengahari). Pada pengalaman teman bab menguruskan masa nak balik kampong memang lemah. Bagi orang jantan macam temani tiada masalah, cus jer dah siap. Tapi orang betina teman banyak beno nokna nya. Tak kata juga segala persiapan dan bekalan teman dan anak dia yang uruskan, hinggakan urusan seluo kecik teman pun dia yang masukkan dalam beg. Pengalaman tiap tahun bila bulan puasa pernah ler berjanji dengan adik beradik nak berbuka puasa sekali diromah mak teman,tak dimahu nya, bila dianalisis anak beranak teman juga yang sampei paling lewat tentunya lepas maghrib, maka berbuka puasalah kami ditepi pertengahan jalan. Malamtu teman terpaksa gopah dema moh balik cepat tak mahu berlaku seperti biasa-biasa, kalo janji nak bertolak jam 8 pagi tak pastinya tepat jam 8 boleh beghonkas, pukui 9 juga jawabnya. Kenapa jadi macamtu, dah tabeat zaman berzaman tak dimahunya berubah. Betui kate deme ’janji melayu’ janji yang tak ponah yang tepat. Orang kita ni (teman le) dari segi pengurusan masa awei-awei lagi dah kalah dengan orang lain. Contoh orang Jepun udah ler, dema betul-betul menepati masa dalam semua urusan,dema dah terpacak nunggu 5 atau 10 minit sebelum sesuatu majlis berlangsung. Bandingkan majlis kita setengah jam berlalu belum tentu boleh bermula. Kita pun semua maklum dalam Al-Quran Allah dah bersumpah demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian, yang kita masih lagi tak ambil peduli kenapa? betapa kepentingan masa itu berperanan besor dalam kehidupan seharian kita. Semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan kepada kita semua dengan ’ Wal Asri’ Nya. Alhamdulillah, apapun malam tu teman kira teman berjaya menguruskan masa sepertimana yang teman harapkan.

Tak habih lagi kesah perjalanan teman balik malamtu. Teman anak beranak selamat sampei kat romah mak teman jam hampir pukui 12 tengah malam sempat singgah kat gerai di sebelah stesen keretapi Kuala (Gerai makan keluarga kak Bitah) meli roti canei bungkuih untuk santapan kut kekalu lapor sebelum megholoh, dah pastinya romah mak teman tu hapah pun takda untuk dimakan, kalo tak dibawak bekei alamatnya nunggu besok je ler. Kampong teman la ni (tengah malam) tempat makan tu ada, apa susahnya Restoran Arwana ada kat luor tu,yang penting keluo jer modeinya. Sebenornye kalo mengkeme nak tahu, disebalik teman sekeluarga nak pergi makan kenduri ada satu lagi niat iaitu nak makan buah deghoyan, jadi nak nunggu ler buah deghoyan luruh disebelah romah mak temantu, tapi hampaih sebiji pun tak mandang, tunggu punya tunggu, punya tunggu... 2 hari 2 malam teman di situ taknya dia lughuh-lughuh, time tak kena... Ghopernye yop dengan pokok deghoyan pun juga perlu ada pengurusan masa. Keh...keh....keh..

Friday, November 20, 2009

AKHIR TAHUN DAN AKTIVITINYA.

Assalamaualaikum,

Kelmarin hari terakhir persekolahan tahun 2009. Awei pagi ada taklimat dari pengetua. Hari Jumaat adalah perjumpaan rasmi mingguan pengetua dengan guru-guru kat sekolah teman ni. Majlisnya bermula 7.30 hingga 8.10 pagi. Sesuai dengan kemulian hari jumaat diadakan juga tazkirah yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah secara bergilir setiap minggu. Tapi kalini takde pulak, munkin pengetua nak bercakap panjang. Biasaler amanat hujung tahun. Tugas teman jadi pengerusi mengedalikan majlis dari awal hingga akhir. Itu keroja teman nak bertazkirah tak berapa pandai, jadi ler kumpulan pendengor. Intipati ucapan pengetua kali ini lebih kepada penilaian kerja-kerja kita setahun yang berlalu dan memperkemaskan kerja-kerja tahun hadapan. Sesi persekolahan tahun hadapan telah dirancang bermula dari 7.30 hingga 4.10 ptg, nampaknya satu perubahan beso akan berlaku, selama ni balik jam 2.30 ptg. tak tahu le teman, dema boleh ikut ke tidak. Saya yang menurut perintah itu satu jawapan yang tepat. Tapi walo apa pun takwim dan susun atur pengurusan tahun 2010 telah siap dan tunggu untuk proses percetakan sajer. Sebelum sesi tamat, teman menunggu guru-guru nganto laporan aktiviti setiap panitia juga senarai semak kemaskini kerja-kerja akhir tahun. Alahamdulillah semuanya beres. Pada rakan-rakan semua selamat bercuti dan bertemu semula pada 2 hb januari 2010, InsyaAllah.....

Ahad ni rasenya teringin nak nyengok waris teman di Kuala. Ada di kabo dek dema ada satu majlis potong memotong kat Ulu Kenas. Elok beno le tu awei-awei cutini masuk jawi, bila moler ke sekolah tahun depan kulit baru tu tak le ngilu kena ghagas di seluo. Ini ceghita orang lelaki tak sepatutnya teman cerita tapi hei bebudak tak apa. Kad majlis walilmatul urus pun banyak juga teman dapat. Kemana teman nak pegi tak dapat ditentukan. Ada dua tiga kenduri dalam satu hari bersyusyun-syusyun. Ate, macamana nak ngejapnya. Tumpor yop takkan nak pegi dengan tangan kosong kena ler sikit bawak ang pownya kan itu dah adat orang kita. Apa pun teman ucapkan terima kasih atas jemputan dan ingatan dema pada teman tu. Selain majlis makan kenduri cuti-cuti Malaysia juga bermula. Entah le nak cuti kemana, dah pokai sementara nak nunggu 25 hb ni. Keh...keh..keh..Itu belum lagi cerita persiapan persekolahan anak-anak awei tahun nanti. Sabo je ler... Cukup sampai kat sini dah takda modai,sebenonya mata teman ni ngantok dah berapa kali tersengguk depan PC ni. Ok, jumpa lagi...

Wednesday, November 18, 2009

KHASIAT KULIT KAYU MANIS


Assalamualaikum,

Awei pagi tadi hingga ke tengahari hujan je kat tempat teman, ate kesejukan le sepanjang hari luo dalam. Maksud teman dalam pejabat juga kesejukan dengan aircondnya.Nak di offkan kut orang lain nak guna, ate biokanlah gitu. Kehadiran SPM ditempat teman disambut dengan kehujanan yang turun petanda baik letu agaknya . Kesihatan teman masih di belenggu dengan batuk, jenuh dah minum ubat batuk tak ngombin yop, sabo je ler. Bila dah batuk baru tahu nak berpantang. Aih, teman tak nyentuhnya langsung tak sio buat pandang tak pandang je, ei mak alim bebeno. Yang lecehnya terlampo kerap batuk kepenatan pun bermula.. mintak nyawa...sempit kerongkong. Esok kut kekalu nak cari ubat penawor yang lebih mujarab. Orang betina teman di lumor nya dengan minyak gamat keliling tengkuk temanni ate udahle bau minyak gamat pulak kat bantal dan gebor, neghite je ler teman nanggung kesakitan. Mudah-mudahan pulih kembali le gamaknya kesihatan temanni. Satu lagi penyakit yang teman alami ialah kebas tangan sebelah kanan, kekandang masa memandu pegang lelame steren tu kebas juga apatah lagi masa tidor bila tertindih lengantu. Ater umor dah melebihi duit selin lima kupang, macam-macam penyakit le yang datang. Kata boss teman darah tak berapa nak jalan. Masa tu lah petuanya keluo, cuba mika ambik 2 potong kulit kayu manis ditumbuk dalam lesung batu sampai jadi seghobok dan di tapeh/ayak masuk kedalam cawan, tuangkan ayo panas yang sedang menggelegak, biokan sejuk dan pastikan seghobok kulit kayu manistu dah mendap kebawah . Agak dah betui-betui sejuk baru lah diminum, jangan lupa baca Bismilah, selawat keatas nabi 3 kali sebelum minum, ye ler kalo tengah panaih diteguk ngelopor pulak lidah kita terbakor. Jangan ghiso ghasa ayor tu manih walo tak bubuh gula. Teman dah cuba dengan izin Allah ada juga nampak kesannya. Ate mengkome cuba le pulak bagi dema yang ada penyakit yang sewaktu dengan teman tu. Itu aje, teman tolong ngabokan jer. Mintak maap, jalan ceritanya panjang mesejnya sikit je. terima kasih, teman nak tidor.... jumpa lagi.

Tuesday, November 17, 2009

BEZA TANGGUNGJAWAB LELAKI (Suami) & PEREMPUAN (Isteri)

AKU, KAU BERBEZA.... AKU, KAU ISTIMEWA...LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN?Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan..Begitulah kira-kiranya.

WANITA :Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.... Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taatkepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.MasyaALLAH... .sayangnya ALLAH pada wanita. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

(ihsan dr: hamba Allah)

BERMULALAH SPM 2009 HARI INI

Assalamualaikum,

Hari ini bermulalah SPM 2009. Teman doakan semoga semua calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun ni berjaya dengan cemerlang dan dipermudahkan segala urusan dari awal hingga akhir. Pada abang cik, buatlah yang terbaik ayah dan mak tetap mendoakan agar kamu berjaya. Amin.....

Monday, November 16, 2009

AMANAH MENANTI DI AWAL CUTI

Assalamualaikum,

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan tahun 2009. Masuk je pejabat pagi tadi terbentang satu surat atas meja teman arahan ke PPd untuk taklimat ePrestasi pada jam 8.30, tak pe le sempat teman hadiri perhimpunan mingguan persekolahan yang akhir untuk tahun ini. Panjang juga amanat dari pengetua kali ini, lebih kepada pembentukan sahsiah dan kerjaya masa depan pelajar. Tak sempat teman nak mengadap pengetua berkaitan tugasan teman di Putrajaya aghitu. InsyaAllah lepas taklimat nanti teman ngadap. Remeh juga koroje eprestasi cara online ni banyak juga cingkadaknya untuk diisi, first time kita buat mintak-mintak jangan silap. Kalo silap mampuih yop nak metuinya. Nampak gayanya bertambah lagi le korojer kume ni, ate chi box ler chi kit (pinjam kata-kata Pk SMT Manjung) untuk key in kan markah (pra syarat APC) mana-mana yang patut untuk kengkawan dibawah jagaan teman. Markahni dinilai berdasarkan tugasan mereka sepanjang tahun semasa. Tu kadang-kadang orang dah cuti kita tak cuti lagi bagi menguruskan kerojer yang masih belum selesai untuk di panjangkan ke pihak atasan. Bagi sekolah teman tak berapa ramei stafnya untuk dinilai, tapi ada sekolah yang sampai 200 orang hei mak pitam dibuatnya yop. Apa pun itu adalah amanah kena jalankan juga walo pun seberat mana ceromin mata yang di pakei jatuh kelantai tak nampaklah ia. Kerja-kerja macamni kena buat betul-betul, ini peghoyuk nasi kengkawan.

Pengalaman teman bercampurgaul dengan kengkawan pk-pk sekolah lain sedikit sebanyak dapat membantu dalam tugas-tugas sedemikian. Bukan nak menunjuk pulak, teman adalah salah seorang AJK Majlis Latihan Penolong Kanan SM negeri Perak (MPLPKpk). MLPKPK ini dibentuk semata-mata menguruskan latihan rakan-rakan Pk SM di Perak ni. Di takrifkan kumpulan pendesak jauh sekali khususnya untuk mendapatkan jawatan pengetua. Semenjak ditubuhkan pada tahun 2006 ramai diantara ahlinya telah keluo menjadi pengetua (kini) diantaranya ialah Pengetua SMT Slim River,SMK Dr. Megat Khas,SMK Sultan Abdullah Chendrong Balai,SMK Pangkor,SMK Ulu Bernam,SMK RLKT Lasah dan akhir sekali SMK Pantai Remis. Tahniah buat rakan rakan semua. Bagi teman, deme lah tunggak yang menguatkan perjalanan MLPKPK dengan sokongan JPN Perak (en. Mohamad Anwar Khalid,sekarang berada di Mekah. Selamat menunaikan fardhu haji, yop). Setakatni ahli-ahlinya ada yang lama ada yang baru menggantikan kengkawan yang dah keluo. Perjuangan tetap diteruskan. Kami bermesyuarat pada hujung-hujung minggu Sabtu/Ahad kalo buat masa sekolah alamat tak keluo ler, tentu boss tak berapa nak benorkan. Alhamdulillah kerjasama pengetua-pengetua yang terlibat setakatni amat diterima kasihkan. Masa bercamporgaui dengan dema ni terasa temani jauh beno bezanya dari segi pengalaman apatah lagi dengan jarak masa gred DG nya. Agaknya teman yang last sekali keluonya jadi macam dema, itu pun entah sempat atau tidak ada beberapa tahun lagi nak pencen. Mintak-mintak juga dipanjangkan umor.

Kepada rakan PK seluruh negeri Perak dan juga Malaysia selamat menjalankan tugas pada awal cuti ni dan juga sebelum bukak sekolah nanti sepertimana yang telah diamanahkan. Selamat juga bercuti panjang…

Saturday, November 14, 2009

SEMUANYA KETENTUAN DARI ALLAH

Assalamualaikum,

Alhmdulillah teman selamat sampai dirumah sekembalinya dari Putrajaya. Harini Sabtu, satu hari teman tak keluo romah kat bukit katil aje. Teman alami demam,batuk,sakit kepala dan penat/lelah (asma). Memang le bila ada batuk yang kerap diikuti dengan penat/lelah. Penyakit asma ni teman kira penyakit keturunan. Ayah teman pun masa hayatnya sering diserang lelah. Adik beradik teman pun ghoper itu juga termasuk anak-anak sedara teman. Penyakitni kalo dah ada kat badan kena pandai nyaganya silap makanjer alamat kena tahan le menanggungnya. Teman dah tau puncanya yang leh jadi begini. Sejak semingguni teman asyik menerima undangan jamuan makan akhir tahun pelajar. Kekadang ada dua jamuan sehari. Yang mana mewakili bos teman wajib hadiri. Biasale dalam satu-satu jamuan minuman sejuk dah tentu ada. Memang kita berpantang, sebenonya pantang tengok apa yang ada kita kebas mujo lalu melintang patah. Teman kira itu le puncanya diikuti dengan duduk dalam peti sejuk dalam perjalanan pergi dan balik ke Putrajaya. Oleh kerana hujan sepanjang perjalanan mahu tak mahu aircond kereta mesti di onkan. Orang betina teman ngajak pergi ke klinik atau ke hospital,tak sio teman. Pergi ke hospital takut kena tahan jadi beberapa bulan yang lalu, seminggu teman terlantor di wad kerana malaria. Bioler dulu teman tahan je le. Buat masani alhamdulillah dah bertambah ok makan penadol dan ubat batuk.Teman kira apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Kita sebagai hambanya tetap bersabar menghadapi segala apa yang berlaku.Nampak gayanya tak jadi le teman nak balik ke Kuala minggu ni nak menjengok waris,insyaAllah minggu depan pulak. Bebalik hal tugas teman di Putrajaya ada yang selesai dan ada yang tak berapa nak selesai. Masa teman ada kat sana ramai bos-bos kat pejabat tu tak mandang, dema ramai yang keluar melawat kawasan. Ate jumpa yang bawah-bawah jeler. Mana yang boleh selesai kira ok ler dan mana yang tak leh selesai kena jumpa bos dema juga. Takpa le teman kira lebih 50 peratus misi berjaya. Ini pun ketentuan dari Allah juga kita yang merancang,tapi perancanganNya adalah yang maha hebat. InsyaAllah hari senayan ni kena bagi laporan pada bos teman disini hasil dari tugasan teman tu. Minggu depanni bermulalah SPM dan minggu akhir persekolahan. Pada semua pelajar yang menduduki SPM selamat maju jaya tak lupa anak jantan teman abang cik,di Taiping buatlah yang terbaik untuk dirimu dan keluarga. Tak lupa juga yang lain-lain selamat bercuti panjang 2009. Untuk waris kuala kalini tak ada petua nak habo sebab tak jumpa bos lagi. Keh...keh...keh..........

Wednesday, November 11, 2009

ESOK KE PUTRAJAYA

Assalamualaikum,

Awaei pagi teman dah masuk kelas. Murid sepuluh orang tak ramei, dema adalah dikalangan murid tingkatan 5 yang dipilih untuk dibimbing supaya prestasi dapat dipertingkatakan. Aktivitinya memantau keroja latihan dan membantu mana-mana yang dema tak berapa nak faham. Teman adakan kelas kat kantin sekolah mudah teman nak minum pagi. Sekali sekala teman belanja dema minum dan makan, tak berapa seronok teman makan dema nengok jer. Tiap-tiap minggu hari Khamis teman dengan dema ler. SPM minggu depan, teman nasihat tak perlu nak ngiso study lani buat je latihan insyaAllah berjaya.lagipun matapelajaran yang yang teman ajor adalah berkaitan dengan lukis melukis elok dipraktikkan selalu. Habih kelastu jam 9.30 pagi jam 10 teman dan bos ada taklimat sebut harga kontrak keselamatan sekolah untuk tahun depan. Tak lama taklimat tu kejapjer dalam setengah jam lepastu semua tokeh-tokeh keselamatan yang memohon dibawak melawat ke tapak perojek (kawasan sekolah) yang diuruskan oleh juruteknik sekolah. Tugas teman dan bos habih kat situ. Dema dah tak ada teman masuk ke bilik bos berbincang pasal teman mewakilinya nak ke Putrajaya esok atas urusan hal berkaitan pengurusan sekolah pada hujung tahunni di Bahagian Pendidikan Pengurusan Teknik dan Vokasional. Dalam berbual-bual sempat juga dia menyelitkan petunya. Yang teman ingat satu ayat AlQuran tulisan rumi. Disebut dari tulisan rumi kut tak betul sebutanya berdosa lak maaf jela (dalam Al-Quran ada tapi ayat mana teman tak tahu) berbunyi: Falya’tikum birizqi minhu walyatalattaf yasa iruna bikum ahada. Bacakan sebelum minum, kalau ada apa-apa sihir atau perkara yang tak baik dalam air yang akan kita minum gelas/cawan akan meletup (pecah). Wallahuaklam. Terima kasih bos. Petangni teman nak beranso ke Ipoh dan awei pagi esok teman nak kumbo ke Putraja bersama Pengetua SMT Lebuh Cator. Esok ada majlis pohon restu sembahyang sunat hajat dan bacaan surah Yasin kat surau sekolah teman. Semoga anak-anak murid teman lulus dengan cemerlang SPM 2009.

TUJUH KALIMAT

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allahdan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari Tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Tuesday, November 10, 2009

PETUA DARI BOSS

Assalamualaikum,
Harini teman kat pejabat jer. Kertas jawapan peperiksaan akhir tahun masih belum habis ditanda lagi, insya Allah dalam sehari duani habislah tu.Teringat juga teman nak balik Kuala . Lop (abang sulung) teman kat kampong ada telefon ngabokan deroyan sepokok dekat ghomah mak temantu buahnya dah nak luruh elok beno le balik mingguni. Entah le kalo tak ada apa aral merintangnya harus teman balik. Ate sejak mak teman tak ada (kembali kerahmatullah tahun lepas) jarang beno teman balik. Rumah mak temantu tak ada saper yang duduk kosong aje. Adik-adik teman jauh belaka. Nak disewakan rumah kampong, lagi pun senang kuma adik beradik balik berkumpul. Raya haji harus semua pakat-pakat balik. Malam ni ada jemputan majlis jamuan akhir tahun koperasi sekolah,insyaallah teman hadiri. Semalam bersama bos berbincang, ada sedikit perubahan yang akan berlaku untuk memantapkan organasasi sekolah tahun hadapan. Kita cuba buat atau lakukan dengan serius jika mahukan pulangan hasil yang cemerlang.Memang kita yang merancang yang menentukan yang maha esa. Apa pun ikhtior mesti dilakuakn. Teman sebagai orang nombor dua tetap menjadi nombor dua, hubungan rapat mesti ada untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi. Kalau ada satu kapal dua nakhoda maka lingkup lah jawapnya. Bila berbincang dengan bos temanni yang baguihnya ada saja diselit beberapa petua. Itulah kelebihan yang ada pada bos temani, diakui sendiri oleh rakan-rakan pengetua yang sering bermesyuarat bersamanya.Ok berbalik pada petua dari bos tadi,yang pertama: kalo kita peparu berair, makan biskut kepala lutut jangan celup dalam air minuman (kopi/teh) sebelum makan, hendaklah dikunyah/dimakan terus tujuannya untuk menyerap peparu yang berair. Yang kedua: perut jarang alami gastrik, makan sehiris ubi sengkuang setiap lepas makan. Lakukanlah perkara-perkara tersebut insyaAllah ada mujarabnya. Ada lagi... lain kali teman habo.Bagi teman, itulah kelebihan berbaik-baik dengan bos selain ilmu pengurusannya banyak perkara lain yang kita boleh tahu. Pasal nak bukak cawangan lain teman tak sanggup. Bos kengkawan semua macamana............

Monday, November 9, 2009

CUTI HUJUNG MINGGU TIDAK DIPERSIAKAN

Asssalamualaikum,
Tiga empat hari juga teman tidak nyengok waris semoga semuanya sihat sejahtera. Ate sejak Jumaat malam haritu teman sampai ke rumah hampir jam 2 pagi, tak sempat nak menjengah PC. Semalam jam 1.30 sampai rumah ambik anak teman di Stesen keretapi Ipoh baru balik dari Batu Pahat. Alhamdulillah syukur pada tuhan anak sulung temantu dah boleh balik sendiri, keadaan kesihatannya bertambah pulih. Malam sebelum tu balik dari rumah mak mentua di Bukit Gantang dan sempat juga nyenguk kak ipor teman di Simpang Taiping. Kak ipor teman tu kakinya dua-dua dah kudung akibat kencing manis, kesian dia.. Itu ler kita kena beringat hal-hal yang berkait dengan kesihatan. Sekarangni medical board berehat menanggung derita kat rumah. Semoga kak ipor temantu sabor menghadapi segala dugaan. Kesejahteraan juga didoakan buat kita semua. Akhirnya, teman sekeluarga sampai kat rumah dekat jam 2 juga. Sabtu 7/11/09 teman sempat bersama rakan-rakan menikmati jamuan akhir tahun. Kalini kelab staf buat kat Cameron Highland. Kume pergi naik bas yang disewa khas. Bagi teman malas nak bawak kenderaan sendiri, naik bas leh relek. Anak bongsu teman bawak sekali emaknya tak ikut bersama ada mesyuarat kat tempat kerjanya. Kali pertama anak bongsu teman naik ke Cameron Highland, seronok beno dia. Pasei bab makanni mana-mana pun leh makan, tapi dah kerana kesepakatan tu sebagai ahli kelab kena pergi juga ler. Lagipun tukar angin staf-staf berseronok sikit kalo tak selalunya jamuan akhir tahun buat kat kawasan tempat kerojer. Seronok juga teman tengok ragam dematu masa balik berpeluang singgah beli sayor-sayor kat sana, tak beli pun tak apa bendatu semua ada kat tempat kita, telahan pergi apa salahnya bawak buah tangan untuk jiran-jiran kan..Bila renong kembali hal rakan-rakan sekerojani bukan senang nak dapatkan kesepakatan untuk buat sesuatu program ada je cingkadaknya itulah inilah ada je, Dalam apa-apa organisasi pun kerjasama seluruh ahli adalah perlu, kalo tak begitu hapah pun tak menjadi. Sampai kat rumah jam dah 11 mlm, badan dah letih teruih ke Bukit katil (tido) tak sempat juga nak menjengok blog kengkawan.

Thursday, November 5, 2009

KAABAH ENGGAN BERGERAK

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi. Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia. Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka, Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga.. Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....
Ihsan dari rakan Fariza

Wednesday, November 4, 2009

Kesedihan dan kesyukuran

Arini teman banyak masa kat pejabat. Boss ada urusan diluar kawasan jadi teman kena jaga kedai ler. Sebaik duduk jer hp teman berdering, kawan teman Zuhaidi dari Padang Rengas ngabokan kawan satu badge kat MPTKL (Zainal Shaari) telah kembali kerahmatullah jam 8 pagi tadi di Hotel Federal KL. AlFatihah untuknya semoga rohnya dicucuri rahmat. Lepas tu teman anto le mesej kpd rakan lain yang mana ada nombo dema dalam hp sekadar maklum berita sedihtu. Apapun salam takziah buat keluarganya. Malamni teman ada kelas tambahan, bebudak teman mintak tolong esok ada exam paper yang teman ajo, malas.. kesian pulak,rasa anak teman di tempat deme, mau tak mau teman ajokan juga. Bila sebut pasal anak fikiran teman tak lepas ngingatkan anak teman di Batu Pahat tu. Sedang teman ngajo terima satu mesej dari rakan serumahnya (Aniza) "Pakcik,Ain dah banyak berubah tidak termenug lagi dan menumpukan pada exam banyak paper nak dihadapi tak sempat nak termenung". Syukur pada Allah puteri sulung teman dah nampak keceriaannya.Lega rasanya tapi tak le pulak teman hubungi lagi dia nak bertanya habo tak mahu nak ganggu situasi yang ada. Teman mohon moga kesihatanya benar2 pulih. Kepada raka-rakan teman yang nak ke tanah suci minta tolong doakan di hadapan Kaabah agar anak temantu benar-benar pulih seperti sedia kala.Amin..ya rabbal aalamin..

Tuesday, November 3, 2009

Dah lama beno tak nyengok waris teman

Assalamualaikum
Lama beno dah tak nyengok laman temanni. Dah semak bebeno. Apa habo waris teman kat Kualatu. Moga-moga dema sihat sejahtera. Molenya sesaja nak cuba-cuba sekali dua, lepaih tu hilang teghus. Ate sibuk memanjang pun. Baru nak belajo berblog, itu pun kawan teman kat dango simamamat tu ngajonya kalau tak tak tahu macamana nak buat blog sendiri. Orang nak berblog kita nak berblog tapi kita hapah pun tak tahu. Sebenonya idea tak mandang. Lain lah kengkawan yang manyak idea untuk di sampaikan. Apa pun teman bersyukur dapat ler juga merasai nikmat berICT. Sebut pasa Kuala jarang beno balik pun. Tengah ini teman berulang alik ke Batu Pahat ziarah anak sulung teman di UTHM mendapat sedikit musibah. Memang susah ati memikiokan keadaan di akhir pengajiannya. Pasal setan hantu sampuk menyampuk susah beno nak percaya kalo tak ambil tahu tak jadi juga, bawak ke klinik takda sakit kate doktor cuma tensionjer. Jenuh dah teman berubat sanasini. Kat bomo tak lak teman pegi pasal nak berasap rasap kemian tak berapa gemo, cukup ler dengan jumpa ustaz-ustaz di ikhtiarkan dengan ayat-ayat al Quran. Al Quran itu kan kah mukjizat.Teman dah ikhtiokan di utara sampa ke Parit Buntar kat selatan dah ke Ulu Tiram. Esok dia exam, ayah doakan kamu berjaya kak long.............

Monday, July 6, 2009

Teringin beno nak melawat dango si Mamamat

Teman teringin benor nak melihat dango si Mmamat. Agaknya dah siap dan tersedia untuk diduduki. Buat le sikit baca doa selamat yop merasa ler pulut deghoyan yang sedang bermusimni. Apapun teman ucapkan tahniah pada mika dapat mendirikan dango mikatu.

Wednesday, April 8, 2009

Salam Tahniah Kepada Sahabat & Taulan

Tahniah kepada semua atas sebarang kejayaan. Moga setiap pengorbanan itu di balas dengan istiqomah yang berterusan..

Wednesday, April 1, 2009

Teman waris kuale ..

Rindu bebenor teman pada Sungei Peghak .. Nak berkubang macam keghobo ..