Monday, November 9, 2009

CUTI HUJUNG MINGGU TIDAK DIPERSIAKAN

Asssalamualaikum,
Tiga empat hari juga teman tidak nyengok waris semoga semuanya sihat sejahtera. Ate sejak Jumaat malam haritu teman sampai ke rumah hampir jam 2 pagi, tak sempat nak menjengah PC. Semalam jam 1.30 sampai rumah ambik anak teman di Stesen keretapi Ipoh baru balik dari Batu Pahat. Alhamdulillah syukur pada tuhan anak sulung temantu dah boleh balik sendiri, keadaan kesihatannya bertambah pulih. Malam sebelum tu balik dari rumah mak mentua di Bukit Gantang dan sempat juga nyenguk kak ipor teman di Simpang Taiping. Kak ipor teman tu kakinya dua-dua dah kudung akibat kencing manis, kesian dia.. Itu ler kita kena beringat hal-hal yang berkait dengan kesihatan. Sekarangni medical board berehat menanggung derita kat rumah. Semoga kak ipor temantu sabor menghadapi segala dugaan. Kesejahteraan juga didoakan buat kita semua. Akhirnya, teman sekeluarga sampai kat rumah dekat jam 2 juga. Sabtu 7/11/09 teman sempat bersama rakan-rakan menikmati jamuan akhir tahun. Kalini kelab staf buat kat Cameron Highland. Kume pergi naik bas yang disewa khas. Bagi teman malas nak bawak kenderaan sendiri, naik bas leh relek. Anak bongsu teman bawak sekali emaknya tak ikut bersama ada mesyuarat kat tempat kerjanya. Kali pertama anak bongsu teman naik ke Cameron Highland, seronok beno dia. Pasei bab makanni mana-mana pun leh makan, tapi dah kerana kesepakatan tu sebagai ahli kelab kena pergi juga ler. Lagipun tukar angin staf-staf berseronok sikit kalo tak selalunya jamuan akhir tahun buat kat kawasan tempat kerojer. Seronok juga teman tengok ragam dematu masa balik berpeluang singgah beli sayor-sayor kat sana, tak beli pun tak apa bendatu semua ada kat tempat kita, telahan pergi apa salahnya bawak buah tangan untuk jiran-jiran kan..Bila renong kembali hal rakan-rakan sekerojani bukan senang nak dapatkan kesepakatan untuk buat sesuatu program ada je cingkadaknya itulah inilah ada je, Dalam apa-apa organisasi pun kerjasama seluruh ahli adalah perlu, kalo tak begitu hapah pun tak menjadi. Sampai kat rumah jam dah 11 mlm, badan dah letih teruih ke Bukit katil (tido) tak sempat juga nak menjengok blog kengkawan.

No comments:

Post a Comment