Assalamualaikum,
Alhmdulillah teman selamat sampai dirumah sekembalinya dari Putrajaya. Harini Sabtu, satu hari teman tak keluo romah kat bukit katil aje. Teman alami demam,batuk,sakit kepala dan penat/lelah (asma). Memang le bila ada batuk yang kerap diikuti dengan penat/lelah. Penyakit asma ni teman kira penyakit keturunan. Ayah teman pun masa hayatnya sering diserang lelah. Adik beradik teman pun ghoper itu juga termasuk anak-anak sedara teman. Penyakitni kalo dah ada kat badan kena pandai nyaganya silap makanjer alamat kena tahan le menanggungnya. Teman dah tau puncanya yang leh jadi begini. Sejak semingguni teman asyik menerima undangan jamuan makan akhir tahun pelajar. Kekadang ada dua jamuan sehari. Yang mana mewakili bos teman wajib hadiri. Biasale dalam satu-satu jamuan minuman sejuk dah tentu ada. Memang kita berpantang, sebenonya pantang tengok apa yang ada kita kebas mujo lalu melintang patah. Teman kira itu le puncanya diikuti dengan duduk dalam peti sejuk dalam perjalanan pergi dan balik ke Putrajaya. Oleh kerana hujan sepanjang perjalanan mahu tak mahu aircond kereta mesti di onkan. Orang betina teman ngajak pergi ke klinik atau ke hospital,tak sio teman. Pergi ke hospital takut kena tahan jadi beberapa bulan yang lalu, seminggu teman terlantor di wad kerana malaria. Bioler dulu teman tahan je le. Buat masani alhamdulillah dah bertambah ok makan penadol dan ubat batuk.Teman kira apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Kita sebagai hambanya tetap bersabar menghadapi segala apa yang berlaku.Nampak gayanya tak jadi le teman nak balik ke Kuala minggu ni nak menjengok waris,insyaAllah minggu depan pulak. Bebalik hal tugas teman di Putrajaya ada yang selesai dan ada yang tak berapa nak selesai. Masa teman ada kat sana ramai bos-bos kat pejabat tu tak mandang, dema ramai yang keluar melawat kawasan. Ate jumpa yang bawah-bawah jeler. Mana yang boleh selesai kira ok ler dan mana yang tak leh selesai kena jumpa bos dema juga. Takpa le teman kira lebih 50 peratus misi berjaya. Ini pun ketentuan dari Allah juga kita yang merancang,tapi perancanganNya adalah yang maha hebat. InsyaAllah hari senayan ni kena bagi laporan pada bos teman disini hasil dari tugasan teman tu. Minggu depanni bermulalah SPM dan minggu akhir persekolahan. Pada semua pelajar yang menduduki SPM selamat maju jaya tak lupa anak jantan teman abang cik,di Taiping buatlah yang terbaik untuk dirimu dan keluarga. Tak lupa juga yang lain-lain selamat bercuti panjang 2009. Untuk waris kuala kalini tak ada petua nak habo sebab tak jumpa bos lagi. Keh...keh...keh..........
JOM BEKEBUN KOME
4 years ago
dah tahu tak tahan jangan le diminum banyak lagi ayor lain yang boleh diminum.Bawak-bawak le beresenam bos mike ada ajor teman senaman yang paling senang dan sangat berguna cuba tanyer dia
ReplyDeleteSenaman macamna, penyakit macamni kan mahunya bersenam bertambah kuat le pulak. Alhamdulillah malam ni dah segor yop...
ReplyDelete