Arini teman banyak masa kat pejabat. Boss ada urusan diluar kawasan jadi teman kena jaga kedai ler. Sebaik duduk jer hp teman berdering, kawan teman Zuhaidi dari Padang Rengas ngabokan kawan satu badge kat MPTKL (Zainal Shaari) telah kembali kerahmatullah jam 8 pagi tadi di Hotel Federal KL. AlFatihah untuknya semoga rohnya dicucuri rahmat. Lepas tu teman anto le mesej kpd rakan lain yang mana ada nombo dema dalam hp sekadar maklum berita sedihtu. Apapun salam takziah buat keluarganya. Malamni teman ada kelas tambahan, bebudak teman mintak tolong esok ada exam paper yang teman ajo, malas.. kesian pulak,rasa anak teman di tempat deme, mau tak mau teman ajokan juga. Bila sebut pasal anak fikiran teman tak lepas ngingatkan anak teman di Batu Pahat tu. Sedang teman ngajo terima satu mesej dari rakan serumahnya (Aniza) "Pakcik,Ain dah banyak berubah tidak termenug lagi dan menumpukan pada exam banyak paper nak dihadapi tak sempat nak termenung". Syukur pada Allah puteri sulung teman dah nampak keceriaannya.Lega rasanya tapi tak le pulak teman hubungi lagi dia nak bertanya habo tak mahu nak ganggu situasi yang ada. Teman mohon moga kesihatanya benar2 pulih. Kepada raka-rakan teman yang nak ke tanah suci minta tolong doakan di hadapan Kaabah agar anak temantu benar-benar pulih seperti sedia kala.Amin..ya rabbal aalamin..
dah dapat belok mike
ReplyDeleteDah jenuh mutor computer baru dapat tahu macam mane nak buat komen itu pun anak jantan yang tolongkan
ReplyDeleteok le belajo dah tua-tua anak pulak jadi guru kita.tk
ReplyDelete