Wednesday, November 11, 2009

ESOK KE PUTRAJAYA

Assalamualaikum,

Awaei pagi teman dah masuk kelas. Murid sepuluh orang tak ramei, dema adalah dikalangan murid tingkatan 5 yang dipilih untuk dibimbing supaya prestasi dapat dipertingkatakan. Aktivitinya memantau keroja latihan dan membantu mana-mana yang dema tak berapa nak faham. Teman adakan kelas kat kantin sekolah mudah teman nak minum pagi. Sekali sekala teman belanja dema minum dan makan, tak berapa seronok teman makan dema nengok jer. Tiap-tiap minggu hari Khamis teman dengan dema ler. SPM minggu depan, teman nasihat tak perlu nak ngiso study lani buat je latihan insyaAllah berjaya.lagipun matapelajaran yang yang teman ajor adalah berkaitan dengan lukis melukis elok dipraktikkan selalu. Habih kelastu jam 9.30 pagi jam 10 teman dan bos ada taklimat sebut harga kontrak keselamatan sekolah untuk tahun depan. Tak lama taklimat tu kejapjer dalam setengah jam lepastu semua tokeh-tokeh keselamatan yang memohon dibawak melawat ke tapak perojek (kawasan sekolah) yang diuruskan oleh juruteknik sekolah. Tugas teman dan bos habih kat situ. Dema dah tak ada teman masuk ke bilik bos berbincang pasal teman mewakilinya nak ke Putrajaya esok atas urusan hal berkaitan pengurusan sekolah pada hujung tahunni di Bahagian Pendidikan Pengurusan Teknik dan Vokasional. Dalam berbual-bual sempat juga dia menyelitkan petunya. Yang teman ingat satu ayat AlQuran tulisan rumi. Disebut dari tulisan rumi kut tak betul sebutanya berdosa lak maaf jela (dalam Al-Quran ada tapi ayat mana teman tak tahu) berbunyi: Falya’tikum birizqi minhu walyatalattaf yasa iruna bikum ahada. Bacakan sebelum minum, kalau ada apa-apa sihir atau perkara yang tak baik dalam air yang akan kita minum gelas/cawan akan meletup (pecah). Wallahuaklam. Terima kasih bos. Petangni teman nak beranso ke Ipoh dan awei pagi esok teman nak kumbo ke Putraja bersama Pengetua SMT Lebuh Cator. Esok ada majlis pohon restu sembahyang sunat hajat dan bacaan surah Yasin kat surau sekolah teman. Semoga anak-anak murid teman lulus dengan cemerlang SPM 2009.

1 comment: