Friday, November 20, 2009

AKHIR TAHUN DAN AKTIVITINYA.

Assalamaualaikum,

Kelmarin hari terakhir persekolahan tahun 2009. Awei pagi ada taklimat dari pengetua. Hari Jumaat adalah perjumpaan rasmi mingguan pengetua dengan guru-guru kat sekolah teman ni. Majlisnya bermula 7.30 hingga 8.10 pagi. Sesuai dengan kemulian hari jumaat diadakan juga tazkirah yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah secara bergilir setiap minggu. Tapi kalini takde pulak, munkin pengetua nak bercakap panjang. Biasaler amanat hujung tahun. Tugas teman jadi pengerusi mengedalikan majlis dari awal hingga akhir. Itu keroja teman nak bertazkirah tak berapa pandai, jadi ler kumpulan pendengor. Intipati ucapan pengetua kali ini lebih kepada penilaian kerja-kerja kita setahun yang berlalu dan memperkemaskan kerja-kerja tahun hadapan. Sesi persekolahan tahun hadapan telah dirancang bermula dari 7.30 hingga 4.10 ptg, nampaknya satu perubahan beso akan berlaku, selama ni balik jam 2.30 ptg. tak tahu le teman, dema boleh ikut ke tidak. Saya yang menurut perintah itu satu jawapan yang tepat. Tapi walo apa pun takwim dan susun atur pengurusan tahun 2010 telah siap dan tunggu untuk proses percetakan sajer. Sebelum sesi tamat, teman menunggu guru-guru nganto laporan aktiviti setiap panitia juga senarai semak kemaskini kerja-kerja akhir tahun. Alahamdulillah semuanya beres. Pada rakan-rakan semua selamat bercuti dan bertemu semula pada 2 hb januari 2010, InsyaAllah.....

Ahad ni rasenya teringin nak nyengok waris teman di Kuala. Ada di kabo dek dema ada satu majlis potong memotong kat Ulu Kenas. Elok beno le tu awei-awei cutini masuk jawi, bila moler ke sekolah tahun depan kulit baru tu tak le ngilu kena ghagas di seluo. Ini ceghita orang lelaki tak sepatutnya teman cerita tapi hei bebudak tak apa. Kad majlis walilmatul urus pun banyak juga teman dapat. Kemana teman nak pegi tak dapat ditentukan. Ada dua tiga kenduri dalam satu hari bersyusyun-syusyun. Ate, macamana nak ngejapnya. Tumpor yop takkan nak pegi dengan tangan kosong kena ler sikit bawak ang pownya kan itu dah adat orang kita. Apa pun teman ucapkan terima kasih atas jemputan dan ingatan dema pada teman tu. Selain majlis makan kenduri cuti-cuti Malaysia juga bermula. Entah le nak cuti kemana, dah pokai sementara nak nunggu 25 hb ni. Keh...keh..keh..Itu belum lagi cerita persiapan persekolahan anak-anak awei tahun nanti. Sabo je ler... Cukup sampai kat sini dah takda modai,sebenonya mata teman ni ngantok dah berapa kali tersengguk depan PC ni. Ok, jumpa lagi...

2 comments:

  1. Salam kita weh ..
    Temanpun nak nyemput mike dan keluarga ke kenduri khatam quran dan motong anak jantan teman pada 6 Dis nanti. Kenduri tu serentak dengan walimatul urus adik teman untuk kali kedua setelah hampir setahun menduda. Nanti teman maklumkan pada mike akan butir2nye.
    Mike tak payah pikio pasai angpow. Mike pow jer apa yang ada.
    Kirim salam kat kakak.

    ReplyDelete
  2. Ok terima kasih, InsyaAllah teman setuju, tapi dimana ye di Parit ke,di Tronoh ke, di Kuala ke atau di Kati? kat mana nak teman hala Yop..Kulu kelo teman nanti caghi mika.

    ReplyDelete