Monday, November 23, 2009

DEMI MASA

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, teman baru balik dari Kuale nyengok waris-waris teman di sana dan sempat juga kerumah ibu mertuaku di Bukit Gantang. Jam 10 sabtu malam Ahad teman dan anak beranak teman bergegas balik ke kampong halaman bermalam di rumah orang tua teman, kalo tunggu pagi Ahad alamat lambat bebeno le sampei ke tempat majlis berkhatannya (majlis tu Ahad tengahari). Pada pengalaman teman bab menguruskan masa nak balik kampong memang lemah. Bagi orang jantan macam temani tiada masalah, cus jer dah siap. Tapi orang betina teman banyak beno nokna nya. Tak kata juga segala persiapan dan bekalan teman dan anak dia yang uruskan, hinggakan urusan seluo kecik teman pun dia yang masukkan dalam beg. Pengalaman tiap tahun bila bulan puasa pernah ler berjanji dengan adik beradik nak berbuka puasa sekali diromah mak teman,tak dimahu nya, bila dianalisis anak beranak teman juga yang sampei paling lewat tentunya lepas maghrib, maka berbuka puasalah kami ditepi pertengahan jalan. Malamtu teman terpaksa gopah dema moh balik cepat tak mahu berlaku seperti biasa-biasa, kalo janji nak bertolak jam 8 pagi tak pastinya tepat jam 8 boleh beghonkas, pukui 9 juga jawabnya. Kenapa jadi macamtu, dah tabeat zaman berzaman tak dimahunya berubah. Betui kate deme ’janji melayu’ janji yang tak ponah yang tepat. Orang kita ni (teman le) dari segi pengurusan masa awei-awei lagi dah kalah dengan orang lain. Contoh orang Jepun udah ler, dema betul-betul menepati masa dalam semua urusan,dema dah terpacak nunggu 5 atau 10 minit sebelum sesuatu majlis berlangsung. Bandingkan majlis kita setengah jam berlalu belum tentu boleh bermula. Kita pun semua maklum dalam Al-Quran Allah dah bersumpah demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian, yang kita masih lagi tak ambil peduli kenapa? betapa kepentingan masa itu berperanan besor dalam kehidupan seharian kita. Semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan kepada kita semua dengan ’ Wal Asri’ Nya. Alhamdulillah, apapun malam tu teman kira teman berjaya menguruskan masa sepertimana yang teman harapkan.

Tak habih lagi kesah perjalanan teman balik malamtu. Teman anak beranak selamat sampei kat romah mak teman jam hampir pukui 12 tengah malam sempat singgah kat gerai di sebelah stesen keretapi Kuala (Gerai makan keluarga kak Bitah) meli roti canei bungkuih untuk santapan kut kekalu lapor sebelum megholoh, dah pastinya romah mak teman tu hapah pun takda untuk dimakan, kalo tak dibawak bekei alamatnya nunggu besok je ler. Kampong teman la ni (tengah malam) tempat makan tu ada, apa susahnya Restoran Arwana ada kat luor tu,yang penting keluo jer modeinya. Sebenornye kalo mengkeme nak tahu, disebalik teman sekeluarga nak pergi makan kenduri ada satu lagi niat iaitu nak makan buah deghoyan, jadi nak nunggu ler buah deghoyan luruh disebelah romah mak temantu, tapi hampaih sebiji pun tak mandang, tunggu punya tunggu, punya tunggu... 2 hari 2 malam teman di situ taknya dia lughuh-lughuh, time tak kena... Ghopernye yop dengan pokok deghoyan pun juga perlu ada pengurusan masa. Keh...keh....keh..

2 comments:

  1. Nak makan deghoyan beli aje la yop,yang ditunggu sampe dua hari dua malam tu buat ape

    ReplyDelete
  2. ate ngape xgi menora melambak doyanya.. buah langsat pun banyak .. lalu ngan xlalu panjat je..itu semua harta waris kuale..

    ReplyDelete