Monday, November 16, 2009

AMANAH MENANTI DI AWAL CUTI

Assalamualaikum,

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan tahun 2009. Masuk je pejabat pagi tadi terbentang satu surat atas meja teman arahan ke PPd untuk taklimat ePrestasi pada jam 8.30, tak pe le sempat teman hadiri perhimpunan mingguan persekolahan yang akhir untuk tahun ini. Panjang juga amanat dari pengetua kali ini, lebih kepada pembentukan sahsiah dan kerjaya masa depan pelajar. Tak sempat teman nak mengadap pengetua berkaitan tugasan teman di Putrajaya aghitu. InsyaAllah lepas taklimat nanti teman ngadap. Remeh juga koroje eprestasi cara online ni banyak juga cingkadaknya untuk diisi, first time kita buat mintak-mintak jangan silap. Kalo silap mampuih yop nak metuinya. Nampak gayanya bertambah lagi le korojer kume ni, ate chi box ler chi kit (pinjam kata-kata Pk SMT Manjung) untuk key in kan markah (pra syarat APC) mana-mana yang patut untuk kengkawan dibawah jagaan teman. Markahni dinilai berdasarkan tugasan mereka sepanjang tahun semasa. Tu kadang-kadang orang dah cuti kita tak cuti lagi bagi menguruskan kerojer yang masih belum selesai untuk di panjangkan ke pihak atasan. Bagi sekolah teman tak berapa ramei stafnya untuk dinilai, tapi ada sekolah yang sampai 200 orang hei mak pitam dibuatnya yop. Apa pun itu adalah amanah kena jalankan juga walo pun seberat mana ceromin mata yang di pakei jatuh kelantai tak nampaklah ia. Kerja-kerja macamni kena buat betul-betul, ini peghoyuk nasi kengkawan.

Pengalaman teman bercampurgaul dengan kengkawan pk-pk sekolah lain sedikit sebanyak dapat membantu dalam tugas-tugas sedemikian. Bukan nak menunjuk pulak, teman adalah salah seorang AJK Majlis Latihan Penolong Kanan SM negeri Perak (MPLPKpk). MLPKPK ini dibentuk semata-mata menguruskan latihan rakan-rakan Pk SM di Perak ni. Di takrifkan kumpulan pendesak jauh sekali khususnya untuk mendapatkan jawatan pengetua. Semenjak ditubuhkan pada tahun 2006 ramai diantara ahlinya telah keluo menjadi pengetua (kini) diantaranya ialah Pengetua SMT Slim River,SMK Dr. Megat Khas,SMK Sultan Abdullah Chendrong Balai,SMK Pangkor,SMK Ulu Bernam,SMK RLKT Lasah dan akhir sekali SMK Pantai Remis. Tahniah buat rakan rakan semua. Bagi teman, deme lah tunggak yang menguatkan perjalanan MLPKPK dengan sokongan JPN Perak (en. Mohamad Anwar Khalid,sekarang berada di Mekah. Selamat menunaikan fardhu haji, yop). Setakatni ahli-ahlinya ada yang lama ada yang baru menggantikan kengkawan yang dah keluo. Perjuangan tetap diteruskan. Kami bermesyuarat pada hujung-hujung minggu Sabtu/Ahad kalo buat masa sekolah alamat tak keluo ler, tentu boss tak berapa nak benorkan. Alhamdulillah kerjasama pengetua-pengetua yang terlibat setakatni amat diterima kasihkan. Masa bercamporgaui dengan dema ni terasa temani jauh beno bezanya dari segi pengalaman apatah lagi dengan jarak masa gred DG nya. Agaknya teman yang last sekali keluonya jadi macam dema, itu pun entah sempat atau tidak ada beberapa tahun lagi nak pencen. Mintak-mintak juga dipanjangkan umor.

Kepada rakan PK seluruh negeri Perak dan juga Malaysia selamat menjalankan tugas pada awal cuti ni dan juga sebelum bukak sekolah nanti sepertimana yang telah diamanahkan. Selamat juga bercuti panjang…

2 comments:

  1. Tak lame lagi mike dapatle jadi pengetua,teman doakan.Tapi jgn ikut perange pengetua mike dah le

    ReplyDelete
  2. kami sentiasa doakan ... jagn lupa balik kg miggu ni doyan banyak.. ada kenduri (potong) di ulu kenas ...

    ReplyDelete