Tuesday, November 3, 2015

TERSENTUH JUGA HATI TEMAN

Wednesday, October 14, 2015

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAGHU 1437 HIJRAH

Assalamualaiku semua,

Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Walo pun dah lewat saghi..sempat lagi teman nak ucapkan selamat buat sanak sedara dan sahabat handei. Teman doakan agar kita semua di kurniakan pelbagei kerahmatan dibawah perlindunganNya, InsyaAllah.....
Sedor tak sedor udah bertambah tahunnya...ini bermakna umo kita juga tughut betambah. Bersyukor la kita dapat menghighup udara tuhan setiap haghi dengan selesa tanpa tersumbat ato di pekup lubang-lubang idungtu, tapi kena dik jeghobu bebaghuni ghennyang juga dibuatnya nyeghaper sanasini. Itu baghu sikit jer tuhan taghik nekmat... Berbalik pasei umor, mengkalo umo kita bertambah pun..jarak perjalanan  hidup kita didunia ini udah pendik jadinya. Memanglah kita berdoa setiap haghi memohon bior Allah panjangkan umor kita tapi sepanjang mana pun, kita akan kembali kepadanya jua. Ini semua ketentuan dan ada didalam ilmu Allah...kita sebagei makhloknya moga idak beghenti memohon yor lekang bebiortu untuk berdoa setiap haghi. Yang pentin badan kita sihat wal afiat. Kalo panjang umo pun sakit sesajer duit tinggi bertimbun pun ghuntuh. Duduk dighomah mun terde er jer ato asyik ngulang ke ghomah sakit mahu pun ke kelenik haghu juga weh...Anugerah kesihatan adalah nekmat tuhan yang palin begherga sekali tapi itu yang kita abeikan..Tak kata kat oghang.., teman sendighi pun lalei pasei bab jaga kesihatan ni tambah-tambah umor teman udah melebihi selin lima kupang beghansor nak masuk enam kupang tahun depan....

Mudahan sempena tahun baghu Hijri ni sama-sama kita berdoa agar dipanjangkan umo dengan keimanan,ketaqwaan,dimurahkan ghezeki serta kesihatan yang baik...Aminnn....

Wassalam..........

Wednesday, October 7, 2015

KINI OKTOBER 2015

Assalamualaikum semua,

Kini dah masuk bulan sepuluh (Oktober) sengaja teman pilih tajuk ini keghana ada sesuatu yang teman nak kabokan. Bulan oktober  adalah bulan teman dibeghanakkan..maka tahun2015 genap lah umor teman 59 tahun. Alhamdulillah... semoga Allah panjangkan umor teman lagi dengan kerahmatan dan kesihatan yang baik mudahan kehidupan yang ada menguatkan iman dan melipatkan ganda ibadat teman untukNya.

Sejak N3 yang lepas baru haghi ini teman nak nulih ada kelapangan sikit. Dua minggu lepaih, tiga haghi teman di Serawak 'lawatan penanda aras' bersama kengkawan sekeghojer yang di ketuai oleh bos teman. Ada dua tiga tempat menjadi tempat lawatan kumer...seghonok juga pegi nengok tempat oghang. Masa teman bertugaih di Sabah tak ponah pun teman melencong ke Serawak jangan tidak, kapei tobang yang teman naik transit sekejap jer kat air port Kuching entah pasei apa teman pun dah lupa dalam tahu 80'an dulu. Kemaghin teman ada di Alor Setar ada taklimat Laluan Kerjaya di Kolej Vokasional Alor Setar. Sebelum tu teman kipoh (30/9/15)  mesyuarat juga. Dalam perjalanan nak balik teman sempat jumpa tuan Haji Sulaiman Samsudin Pengetua Sekolah Sains Tapah. Perjumpaan yang leih (last) sebagei Pengetua sebab esoknya dia dapat tuko balik ke kampong halamannya Teluk Intan.  Kighernya hj. Leman ni balik kampong naik pangkat ler.. menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak. Tahniah! hj. Leman...ghejeki kengkawan..

Berbalik ceghita bulan sepuluh tadi yang bekait dengan dighi teman...dah teman kabokan tadi tahun 2015 genap umor teman 59 tahun, ini bermakna tahun depan mahu tak mahu kalo panjang umor 60 ler. ater ngikut formularnya tahun 2016 adalah tahun teman pencen, bersara kata oghang putihnya. Setahun jer lagi perkhimatan teman dengan gomen. setahun tu tak lama kater demer lip lap lip lap sedor tak sedor sekejap jer udah sampei... Nak dekat 35 tahun dah perkhidmatan teman. Itu le ghopernya weh...Teman mole bekojer (ngajor) di hantor ke Sabah dalam tahun 1981 sampei tahun 1988, lepaih tu teman balik Kuala Kangsor ngajor di SMVKK. Di sekolah tu tak lama dalam dua tahun setengah teman kumbaih ke Johor melanjutkan pelajaran. Setelah abih ngaji di hanto pulak di demer ke Bota di SMVSI sampei tahun 1999. Tak lamer di Bota tu 5 tahun ajer. Mengkala Sekolah Teknik Gerik dibukak teman nyongkit ke gerik pulak dan gamaknye insyaAllah sehingga pencen tahun depan. Alam keghojer teman tak laghi daghi bidang teknik/vokasional. Daghi sekolah Vokasioanal ke sekolah tenik dan kini di kolej vokasional. Tak meghaser ler teman ke tempat lain.. Ater.. moler belajornya dulu dalam bidang teknik/vokasional ini di Sekolah Menengah Vokasional Ipoh,.nampaknyer pengabih di vokasional le juger..dah macam satu pusingan yerk... Teman bersyukor pada tuhan dalam keadaan sekaghang badan teman sihat mudahan dikekeikan kesihatan teman ni bior berpanjangan...Itu kojer tuhan.. pusin kitor hidup kiter. Aper-aper pun teman panjatkan kesyukuran kerana pelbagei nikmat dan rahmat yang telah dibeghi dan di coghahnya kepada teman selama ini..Alhamdullah...

itu ajer ghasernya...wassalam...

Friday, September 11, 2015

HAGHI INI TAK MENGEGHOPEH KE MANA-MANA.

Assalamualaikum,

Haghi ini teman tak kemana-mana, duduk di pebabat jer tiada tugas besor yang dijalankan. Ater idak ler mongo jer ato nganger jer molot macam buaya nunggu lango. Haghi Senayan ni teman nak bertawajuh ke Kolej Vokasional Seri Iskandar ada mesyorat (rasmi). Malam Ahad ni teman balik Kuale ada majlih Makan malam di Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Ghabu depan (cuti hari Malaysia)  teman nak ke Serawak lawatan penanda aras. Teman ke Serawak dengan bos  dan kengkawan staf seghamei 20 oghang. Nampak macam sebok yaamat...tak maner sebuknyer. Mintak pada tuhan yo badan sehat nak ke mana-mana pun takda halangan janji modei ada bertimbun dalam pokit yerk.. Menung punya menung petangni teghingat kan blog teman dan teghuih tulih apa yg nak teman tulih. Ater ini je ler yang ada mun hapah pun idak nak dilabunkan yor ler teman beghundor....keh3

Itu ajer...Wassalam..

Wednesday, September 2, 2015

LAMA BEBENO TEMAN MENYEPIKAN DIRI

Asslamualaikum,

Semoga hari ini dan hari-hari yang mendatang membahagiakan kita..
Tetiba jer teman teringatkan blog teman..
Kali terakhir teman masukkan N3 September 2014, dah setahun weh..jadi munkin agaknya muat penyebab teman terkenangkan kembali blog teman. Blog kengkawan ada yang masih aktif ada yang udah lama terbior. Ater dah kita manyak hei tak terkejorkan...Teman cuba-cuba ler nulih jika sekighernya ada kelapangan. Lagipun teman nak pencen setahun lagi..Kut dah pencen sok mun tak buat apa duduk dighomah bersembang sensoghang ngan komputer je ler..

Hanya sekadar itu saja kali ini....

Sekian...wassalam

Thursday, May 16, 2013